Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 13, 2010

Gobind Ajak Nazri Beri Keterangan Dalam Inkues Untuk Buktikan Dr Porntip Berbohong


KUALA LUMPUR 12 APR: Peguam kepada keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo mengajak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang menuduh Dr Porntip Rojanasunand berbohong membuktikan tuduhan itu di inkues.

Secara sinis, Gobind mempelawa Nazri untuk menyertai Inkues Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock supaya berpeluang untuk membuktikan tuduhannya terhadap pakar patalogi itu.

Pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Gobind secara tegas menyifatkan tuduhan Nazri itu sebagai perkara serius dan tidak wajar dibuat sewenang-wenangnya.

Pada sidang media sama, Kit Siang pula mencadangkan kerajaan Umno Barisan Nasional mengadakan mesyuarat Kabinet tergembar, selain memberi jaminan keselamatan kepada pakar patalogi itu.

Semalam, Dr Ponrthip membatalkan hasratnya untuk memberi keterangan kepada inkues berikutan menerima tekanan politik dari kerajaan Malaysia yang menghantar isyarat supaya tidak berbuat demikian.

Sebaliknya, Nazri ketika mengulas kenyataan Dr Porntip itu melabel pakar patologi itu selalu berbohong walaupun menteri berkenaan tiada memiliki sebarang bukti bagi menyokong tuduhannya.

tvs






KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive