Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 03, 2010

Hujan fulu$$$ mula turun di Hulu Selangor

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali.

Sehubungan itu beliau mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan prinsip rakyat didahulukan.

Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000.

Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru.

Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.

TPM sempat juga 'bergurau' dengan 500 guru yang pastinya dikerah hadir "17 April adalah hari penamaan calon manakala 25 April pula adalah hari mengundi. Tandakan hari-hari dalam diari anda dan catatkan juga undilah Barisan Nasional"

"Saya tidak akan berkempen hari ini tetapi saya akan datang kembali untuk berkempen pada masa yang lain."

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dijangka memulakan lawatannya esok untuk bermesra dan berjumpa dengan rakyat.

# Bulan April 2010 bulan keramat untuk rakyat Hulu Selangor. Mintaklah apa saja,pasti datang bergolek golek. Dah jadi tradisi di Malaysia..menjelang pilihanraya je..bermacam projek datang.

Pak cik,makcik di Hulu Selangor janganlah minta kain pelikat,gula,beras..paling kurang mintalah komputer,ubahsuai rumah,jalan tar ke depan tangga..yang pasti takkan hampa.

Alahai Muhyidin..rasanya baru lagi terbaca kenyataan ni..Tan Sri kalau nak kelentongpun agak agaklah sikit..



ummusumaiyahmenulis





3 ulasan:

  1. teruk betul...nak pilihanraya baru nak bagi duit...tak malu...

    BalasPadam
  2. Puak perasuah sedang menabur duit hasil dari faraid harta rakyat.

    BalasPadam
  3. Biasalah bila berlaku PRK ..... BN tak kempen awal cuma guna jabatan berjumpa rakyat dan umum peruntukan. Lepas tu tunggulah bila nak buat . Ini namanya bukan kempen kata spr. Cuma ambil kesempatan jer.. Haa Haaa Haaaa .... Bn fikir rakyat masih bodoh macam dia orang semua yang membodohkan diri sendiri.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive