Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 01, 2010

HULU SELANGOR KINI MEDAN TERBUKA



Semoga dicucuri rahmat keatas roh Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad. Sudah menjadi adat kehidupan - yang pergi akan berganti dan yang kosong akan segera diisi. Siang-siang lagi Suruhanjaya Pilihanraya sudah bersedia untuk bermesyuarat bagi memutuskan tarikh Pilihanraya Kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Diatas kertas Barisan Nasional berpeluang merampas kembali Kerusi ini yang disifatkan sebagai kubu kuat mereka. Dalam apa perkiraanpun faktor yang menentukan menang atau kalah ialah Calun. Memandangkan sekitar 55% adalah pengundi Melayu BN hanya ada 50 – 50 peluang sahaja jika dikekalkan juga calun dari MIC.

Bagi PKR pula mereka perlu bekerja keras menyakinkan pengundi yang Parti ini masih relevan diNegeri Selangor. Kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat perlu menjadi testimoni penting. Jika episod keluar parti masih tidak dapat dibendung dan ciri-ciri menjaga kepentingan sendiri terus berleluasa pengundi setiapun boleh menukar arah.

Setelah meneliti perkembangan diatas peluang Calun Bebas memenangi Kerusi ini juga dilihat amat baik. Jika hendak dikatakan Calun Bebas tidak mampu melakukan apa-apa sebab tidak berParti kita lihat saja apa yang sedang berlaku diParlimen. Hari ini Wakil- Wakil Rakyat Bebas menyampaikan ucapan yang begitu lantang dan sentiasa sahaja mendapat sokongan moral dari para Backbenchers. Sedikit sebanyak masyarakat kita sudah mula percaya kepada kebolehan Wakil Rakyat Bebas.

Suasana semasa menunjukkan siapa yang dapat menyakinkan pengundi tentang kebolehannya membela nasih rakyat akan tetap berjaya tidak kiralah calun itu Wakil Parti atau Wakil Bebas.

ahmadzawawi.wordpress.com






KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive