Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 14, 2010

Janda Sepi Lelaki Afrika



KUALA LUMPUR: Seorang janda yang terpikat dengan sikap romantik seorang lelaki Afrika menyebabkan dia kini terseksa apabila wang simpanannya lesap dilarikan teman lelakinya itu.

Wanita terbabit yang berusia 44 tahun yang juga seorang pegawai bank seolah-olah tidak percaya teman lelakinya itu sanggup meninggalkannya sedangkan mereka bahagia dengan perhubungan yang dijalinkan hampir setahun lalu.

Hanya dikenali sebagai Azie, mangsa berkata dia berkenalan dengan teman lelakinya itu di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada pertengahan tahun lalu.


“Sejak bercerai, hati saya seolah-olah tertutup bercinta lagi, namun apabila menemui Youssof yang berusia 10 tahun lebih muda daripada saya, hidup saya lebih bermakna.


“Youssof mendakwa datang ke negara ini sebagai pelajar, namun dia sentiasa meluangkan masa bersama saya menyebabkan diri rasa dihargai,” katanya ketika di temui baru-baru ini.


Menurutnya, setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan, dia mula mempercayai lelaki Afrika terbabit walaupun dinasihatkan rakannya untuk berhati-hati.


“Sebelum ini saya sering mendengar helah lelaki Afrika yang sering memperdayakan wanita tempatan, namun penangan cinta sejati Yousoff menjadikan saya buta hati untuk meninggalkannya.


“Apabila bercinta, semuanya indah hingga saya sanggup berkorban apa saja untuk dia termasuk melayan nafsunya serta memberikan wang ringgit,” katanya yang mula meminjamkan RM3,000 setelah sebulan berkenalan.


Namun, selepas itu, teman lelakinya itu sering meminta meminjamkan wang termasuk bagi membuat pembayaran sewa sebuah unit kondominium mewah di ibu negara sebagai lokasi mereka bermadu asmara.

hmetro





1 ulasan:

  1. chenderawasih14/4/10 9:39 PG

    itulah sbb terlalu asyik melakukan perbuatan mungkar Allah tutupkan pintu hatinya dari perkara2 baik akibatnya dia di tipu oleh boy friend nya yg berbangsa Afrika, sebenarnya kejadian ini adalah menandakan Allah masih sayangkan dia supaya bertaubat dan menginsafi diri agar tidak lg melakukan perbuatan yg di larang Allah dan supaya tidak mudah jatuh cinta dgn lelaki, lebih2 lg lelaki kasanova/asing..kembalilah kpd Allah dgn sebenar2nya Cintailah Allah dgn seikhlas2nya maka Allah akan cinta dan kasih kpd kita.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive