Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 28, 2010

Janji-janji manis BN di Hulu Selangor



KUALA LUMPUR : Selepas kemenangan tipis BN di Hulu Selangor pada 25 April lalu, kini adalah masa bagi parti itu menunaikan semua janji yang ditaburkan sepanjang kempen tersebut.

Puluhan janji politik yang ditaburkan dengan setiap penceramah BN seolah-olah sebagai menteri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu yang dilihat paling kotor apabila jelas melanggar Akta Pilihan Raya 1957.

Berikut ialah janji-janji tersebut yang dituntut untuk ditunaikan termasuklah janji pemberian RM49,000 terhadap peneroka Felda di Kampung Sungai Buaya.

Pertama berkaitan janji politik oleh BN untuk membina Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah jika menang dalam PRK itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya bersedia memberikan tanah untuk pembinaan itu dengan syarat segala peraturan dan prosedur dipatuhi oleh yang memohon.

Turut dijanjikan oleh BN ialah kononnya untuk menaik taraf prasarana dan kemudahan pasar Peladang yang beroperasi sejak lima tahun lalu.

BN juga telah meluluskan peruntukan RM100,000 untuk tujuan itu, namun mari sama-sama kita lihat samada ia muala berjalan ataupun sekadar gula-gula sempena PRK itu.

Selain itu, peruntukan hampir RM1 juta untuk memmulihkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di kawasan Parlimen Hulu Selangor turut menjadi gula-gula BN pada PRK itu.

Begitu juga dengan Bank Overdraf berjumlah RM49,000 yang sepatutnya diterima oleh Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya bermula semalam.

Sejumlah 363 keluarga peneroka itu yang ditindas oleh Kerajaan Umno-BN sejak 16 tahun lalu hanya menerima RM50,000 sebagaimana yang dijanjikan oleh Pengerusi Umno Selangor, Najib Razak walaupun hutang Umno bersama Syarikat Murna Jaya Sdn Bhd mencecah hampir RM800,000 untuk setiap keluarga yang terlibat

BN turut berjanji kepada masyarakat Cina di Kampung Hassan, Hulu Selangor untuk membina 200 buah rumah kos rendah kepada komuniti itu di kawasan berkenaan.

Lain-lain janji BN ialah RM2 juta untuk Projek Tebatan Banjir, Pembinaan segera Empat buah sekolah yang masing-masing satu sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah dalam PArlimen Hulu Selangor.

Turut dijanjikan juga ialah RM32 juta untuk projek perumahan Peneroka Felda, janji BN untuk membaik-bulih masjis-masjid dengan peuntukan RM100juta, RM1,000 untuk setiap peneroka Felda yang ingin menjadi Usahawan Inap Desa, dan tambahan RM2.1 juta untuk membaiki bumbung tujuh rumah pangsa yang sehingga kini dilihat belum dimulakan walaupun BN sudah pun menang dalam PRK Ahad lalu.

Najib, sehari sebelum pengundiaan turut menuntut Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar untuk memastikan semua janji itu ditunaikan sebelum PRU.

Pengundi di Hulu Selangor sehingga kini terus memerhati sejauhmana janji-janji (Pakatan Rakyat melabelkannya sebagai Rasuah dan strategi membeli undi oleh BN) itu ditunaikan terutamnya menjelang Pilihan Raya Umum yang kian hampir.


erapakatan




Share

3 ulasan:

  1. hahaha..dah kalah buat cara kalah wahai saudara penulis

    BalasPadam
  2. Macam mana pula dengan janji-janji PR pada rakyat Selangor pada PRU-12? :
    1) Potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan
    2) Elaun anak tadika RM50 seorang sebulan
    3) Elaun anak di pusat asuhan kanak-kanak RM75 sebulan
    4) Elaun kahs ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa
    5) Elaun khas ibu tunggal
    6) Elaun khas untuk anak muda berkahwin
    7) Bantuan gerai untuk perniagaan
    8) Sewa percuma sekurang-kurangnya 3 bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri.

    Ada sesiapa nak jawab?

    BalasPadam
  3. ishh kalau Tuan Guru Mursyidul Am leh kata..politikkan agama pun boleh..so apa ada hal ngan politikkan janji.
    Bantuan syaitan pun ok, janji menang pilihanraya!!

    mm macam ni punya org leh jadi depa punya mursyidul am..punah!! punah!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive