Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 10, 2010

Kenyataan Zambry Pengecut



Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Mahkamah, Zambry Abdul Kadir yang tidak berhasrat untuk membubarkan dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru dianggap sebagai kenyataan seorang pengecut.

"Saya rasa dia langsung tidak yakin yang dia boleh menang kerana itulah dia boleh keluarkan kenyataan sedemikian," tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi wartawan erapakatan.com.

Bagi Nizar, kenyataan Zambry hanya akan meningkatkan kemarahan orang lain yang sudah semakin panas hati dengan tindakan demi tindakan yang dilakukan Zamry dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Kalau dia tidak laksanakan pilihanraya sekarang pun, dia tetap akan kalah besar pada Pilihan Raya Umum akan datang," tegas Nizar.

Terdahulu Zambry Abdul Kadir mengeluarkan kenyataan yang mengatakan beliau tidak berhasrat membubarkan dewan undangan negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru sekalipun hasil kajian menunjukkan BN berupaya untuk menang.

"Saya tidak pasti kajian mana yang dia ambil kerana jelas rakyat perak kini semakin marah dengan keputusan mahkamah baru-baru ini," Kata Nizar yang diminta mengulas kenyataan Zamry itu.

Nizar berkata, setiap program yang dijalankan Pakatan Rakyat (PR) sering mendapat sambutan dan rata-rata rakyat melahirkan kemarahan kepada kerajaan kudeta Perak ketika ini.

Sebelum ini media melaporkan terdapat kajian daripada badan pemikir bebas, Ilham Center yang menunjukkan sokongan majoriti rakyat perak telah beralih kepada BN dan parti itu boleh menang DUN jika diadakan pilihan raya sekarang namun Zamry tetap menolak untuk mengadakan pilihan raya semula.

erapakatan





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive