Isnin, April 12, 2010
Khalid: PAS harus keluar PR jika rasa rugi tapi jangan khianat
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 11 April — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menasihatkan PAS harus keluar Pakatan Rakyat (PR) jika merasakan keanggotaan dalam ikatan itu merugikan perjuangan parti Islam itu, tetapi sama sekali tidak menghianati persefahaman yang telah dicapai.
Sehubungan itu tegas beliau, PAS juga tidak harus menjadi “gunting dalam lipatan” hanya kerana tidak bersetuju dengan sesetengah tindakan dalam PR memandangkan ikatan itu dibentuk berdasarkan keputusan jemaah.
Dalam pandangan ketika PR bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, anggota Biro Politik PAS ini menambah, jika PAS merasakan dengan berada dalam PR merugikan, maka “keluar sahajalah dan jangan khianat.”
“Tetapi, apabila dalam Pakatan, bertindak jujur dan ikhlas terhadap Pakatan, jangan menjadi gunting dalam lipatan atau bagaikan biawak hidup. Tercemar imej Islam.
“Bersama PR merupakan keputusan jemaah dan mengukuhkan PR juga keputusan jemaah. Maka laksanakan dengan jujur dengan kefahaman jelas terhadap proses perubahan yang saya nyatakan tadi,” kata Khalid dalam tulisan terbaru blognya.
Dalam menjawab reaksi pengunjung-pengunjung berhubung tulisan sebelum ini yang bertajuk “Bukti Kejujuran dan Keikhlasan Terhadap Pakatan Rakyat”, Khalid berkata “jikalau tidak bersetuju dengan keputusan jemaah, diam atau keluar.”
“Jangan sekali-kali menimbulkan masalah dalam jemaah dengan adanya ‘agenda sendiri’,” katanya lagi.
Artikel itu yang disiarkan 11 Mac lalu menyambut tindakan tegas diambil Parti Keadilan Rakyat ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin. Zulkifli, yang membuat laporan polis terhadap Khalid kemudian telah dipecat dari PKR.
Khalid dan Zulkifli yang berhadapan dengan 'perang mulut' ekoran isu kalimah Allah sejak awal tahun ini berkata, walaupun berhadapan dengan kemelut peristiwa wakil rakyat yang melompat, PKR masih tetap sanggup melakukan apa yang diperlukan untuk menjamin kestabilan PR.
Justeru dalam tulisan semalamm Khalid menjawab pandangan yang diberikan oleh pengunjung-pengunjung blognya.
Khalid juga berkata, beliau yakin PAS tidak akan mengetepikan PR kerana mereka tidak pernah bertindak khianat terhadap parti Islam itu.
Oleh itu tegasnya, tidak wajar pula PAS menunggu-nunggu alasan untuk mengkhianati mereka.
“Saya tidak kata letak PR atas kepala dan PAS atas bahu. Hakikatnya perumpamaan itu tidak wajar.
“PR adalah keputusan PAS. Kalau dengan meletakkan PR di atas bahu dengan sendirinya kita memperkecilkan keputusan PAS.
“Bahawa ia tidak penting dan boleh diketepikan bila-bila masa atas alasan ia hanya atas bahu. Maka ketepikan PR sekiranya PAS kata kita ketepikan bukan apabila ada yang berkepentingan minta ia diketepikan,” katanya.
Sambil menekankan artikel beliau bulan lalu sebenarnya mempunyai “serampang banyak mata”, menurut Khalid yang penting ialah mempelajari daripada pengalaman yang ada dan dari sahabat dan rakan perjuangan.
Oleh itu kata beliau, antara yang perlu dipelajari ialah semua perlu mengetepikan ‘kepentingan’ diri demi mencapai persepakatan yang lebih mantap dalam PR.
“Contoh-contoh yang saya berikan adalah berasaskan fakta. Bagaimana PKR dan DAP mengetepikan kepentingan parti demi PR.
“Tetapi, kalau ada yang terasa, memang itulah tujuannya pun. Untuk Pakatan kukuh, setiap parti mesti sanggup mengutamakan kepentingan PR tanpa mengorbankan dasar parti sendiri dan tidak bersikap ‘mementingkan diri’,” katanya.
Khalid berkata, kepentingan dan dasar adalah tidak sama, dan ramai yang tidak faham sambil mungkin menganggap perjuangan PAS adalah perjuangan untuk ‘kepentingan’ PAS.
Jelas beliau, sebenarnya PAS memperjuangkan dasarnya iaitu Islam bukan kepentingannya seperti mahu Menteri Besar mesti dari PAS walaupun hanya lapan kerusi atau hendak menjadi Ketua Pembangkang mesti dari PAS dan sebagainya.
“Perjuangan dalam PAS bukanlah untuk jawatan tetapi untuk menentukan jalan ke arah kefahaman dan kebangkitan Islam di buka luas.
“Pada masa yang sama PAS ingin menzahirkan keadilan Islam dan kelebihan pejuang Islam, termasuk dalam adab berkawan dan berpakat.
“Dengan itu akan tersebar luas kefahaman dan pengaruh Islam sebagai cara hidup dengan membawa perubahan dalam pemikiran rakyat, mengubah persepsi rakyat (Islam dan bukan Islam) terhadap Islam sehingga akhirnya memungkinkan Islam menjadi asas kepada pemerintahan yang akan mampu menjamin kesejahteraan umat Islam dan yang bukan Islam,” katanya.
Dalam penerangan panjang lebar ini, Khalid yang sedang menjalani hukuman digantung jawatan dalam parti selama enam bulan ekoran masalah disiplin memberitahu, di atas keyakinan bahawa PR tidak menghalang usaha ini, maka PAS bersama mereka.
“Pada masa sama, PAS memerintah dengan melaksanakan prinsip ‘good governance’ yang dituntut Islam. Yang pasti, PAS tidak boleh buat ini semua sekiranya bersama Umno-BN,” katanya.
Beliau menambah, dominasi Islam bukan sesuatu yang hendak dituntut atau dilaung-laungkan.
“Teriak macam budak kecil yang tidak diberi apa yang dikehendakinya. Pemikiran Islam memang tidak dominan sekarang, itu hakikatnya dan kita berusaha untuk mengubah keadaaan ini.
“Pemikiran Islam mestilah menjadi yang dominan sebelum kita boleh mendapat sokongan untuk memerintah berdasarkan Islam.
“Saya sebenarnya hairan dengan golongan yang melaung-laungkan slogan “Islam mesti dominan” tetapi sikap dan tindakan mereka begitu meloyakan mata yang memandang,” kata Khalid.
Beliau juga menarik perhatian bahawa “mereka anggap Islam akan menjadi dominan atas desakan dan ugutan mereka sedangkan tindakan mereka menghalau orang dari Islam.”
Ini termasuklah sikap mementingkan diri semasa dalam PR, kata Khalid sambil menambah, “sikap sebegini akan menyebabkan rakan yang lain tidak tertarik kepada PAS dan oleh itu dengan kepada Islam itu sendiri.”
themalaysianinsider

0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(3202)
-
▼
April
(304)
- Kurangkan Beban Wanita Bekerja
- M'sia mungkin dipaksa dedah butiran beli Scorpene
- Lubang mat sekodeng
- Ugutan Bunuh Nik Aziz
- Pakatan gesa menteri, IGP, KPN S'gor mohon maaf
- Skandal Kapal Selam Bakal Terbongkar
- Operasi saraf RM4 juta: PAS dakwa Kickdefella diup...
- Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al ...
- Hulu Selangor: Kalahkah PR?
- Langgan pelacur guna telefon
- K'jaan Kedah janji bantu bayar hutang rumah
- Dalam Kotak Ada Senator
- Wakenabeb: Kantoi Beromen Di Tangga Apartment
- Kes Aminulrashid : Cerita Dari Khalid Samad.
- SPRM LINDUNGI TEE KEAT?
- Dua beradik hamba seks Ayah Teh
- Rasuah 10 bilion setahun, apa cerita menteri-mente...
- Jangan Lindungi Polis Terlibat, Kezaliman Semacam ...
- Enjin Jet Hilang : Jeneral, Empat Pegawai saman AT...
- Pilihan Raya Kecil Kalau Berlaku PRK di Kota Siput...
- 'Jutawan Lebanon' ditangkap khalwat di Brickfields...
- Seks ubat darah tinggi
- Bahtera Nabi Nuh ditemui
- Polis Dibidas Tembak Remaja Sesuka Hati
- Mohd Spr pemain terbaik Piala Hulu Selangor
- Janji-janji manis BN di Hulu Selangor
- Dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar
- Undi rosak = undi protes?
- Pakatan Rakyat, BN Umum Calon Pilihan Raya Kecil P...
- MCA: Gesaan MP Pasir Mas hasutan, mahu BN jauhi Pe...
- Peguam Mahu Siasatan Telus, Bukit Aman Patut Kenda...
- Adegan Kung Fu di Hulu Selangor
- Maimunah...Oh Maimunah....Video Paling Hangat
- Patut la BN menang
- Gempar Bas Terbakar
- Kakak, rakan yakin remaja ditembak polis bukan pen...
- Menanti TV-TV Yang Tidak Celaka
- Pemindahan nama pengundi: Zaid patut kalah lebih 5...
- Ugut pijak kepala tok imam
- Terpikat godaan ‘janda’ asing
- Dey Macha!!! Lihat ini analisa
- AWAS!!! PENGUNJUNG KE SEJUTA
- Video 1Bontot
- Tewas dicumbu abang kandung
- Baik Hangpa Upah Bangla Je
- Hantu mana pulak rajin dok pi tolong pangkah ni?
- EKSLUSIF : PRK Berdarah, 2 AMK di pukul, 1 cedera ...
- Politik "Dajjal" di Hulu Selangor
- 3 Adun Selangor ‘panas hati’ khabar meninggal duni...
- Haram sertai polis jika besarkan kemaluan
- BN Menang TV3suku Tersengih
- KEPUTUSAN TAK RASMI PRK HULU SELANGOR 7:30PM
- kEPUTUSAN TAK RASMI PRK HULU SELANGOR 6:30PM
- Ibu tiga anak mati ditikam suami
- Tak dapat payment ke dik?
- Altantuya: Najib sumpah lagi ketika kempen pilihan...
- Depa kata kita,depa pun gunakan kanak-kanak
- Maut jatuh apartmen elak ditangkap khalwat
- Pergaduhan Tercetus Di Batang Kali, Zuraida Ditola...
- Pantun dari SPR
- Laporan Live dari PRK Hulu Selangor
- Pilih Pemimpin Berwibawa
- Lawak Ahad: Otak Taik Ayam
- Najib terlalu angkuh dengan kehebatan nya?
- KEMPEN DAH TAMAT : Laporan Sebenar dari 2 pusat pe...
- Jaga cabul murid dalam tandas
- Keputusan TM Liga Super 24/4/10
- 65 Buah Bas Dikenalpasti Bawa Pengundi Hantu
- Siaran Langsung TM Liga Super 24/4/10
- Gambar Beng Hock 'menghantui' SPR
- 1mongolia pulak dah
- Jadi Anak Jantan,Jangan Menyorok Di belakang Zahra...
- Mi segera ganti makanan ruji dunia?
- RTM,TV3 dicabar siar secara langsung debat malam i...
- P Kamalanathan Pengundi Setia Samy Vellu?
- Keputusan TM Liga Perdana 23/4/10
- Usul Nazri gamatkan Dewan
- Apasal baju putih je ramai?
- Pelacur bawah umur buka mulut
- Anwar: Allah takdirkan 'Projek 16 Sept' tak jadi
- Betoi Ka Kamalanthan Terlibat Nak Kalungkan Kasut ...
- Wow!!! sokongan terhadap BN semakin meningkat
- Najib di Hulu Selangor, rahsia penuh poket bila ma...
- Kempen: BN layan Orang Asli sampai mabuk
- Kapal selam: Najib disuruh bercuti
- Penerbit letak jawatan, dedah ntv7 menerima aduan ...
- Malam Tadi Gua Jumpa Hantu Di Hulu Selangor...
- Tanda-tanda kiamat
- Pegawai Dan Pemain Bola Sepak Piala FA Kedah Terim...
- Nasib Adun lompat ditentukan hari ini
- UMNO Heret Anwar Ke Jawatankuasa Parlimen
- Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan
- Kenapa saya cadang ditiadakan pilihan raya kecil
- Tuntut bangunan Umno, Zaid tahu undang-undang
- PR menang di Hulu Selangor jika tarik undi Melayu ...
- Anwar Cabar Najib Debat Di Hulu Selangor Pasal Apc...
- Perkosa rakan dalam kelas
- Poyo la mamat ni
- Tengok TV nak termuntah
- Jika Digantung Saya Akan Bongkar Lebih Banyak Rasu...
- Papan Tanda PKR Diroboh, Poster Kempen Dirosakkan
- Pindaan akta ditarik balik gara-gara pilihanraya?
- Teroka tubuh wanita hamil
- ‘Zaid kaki botol’: Berapa ramai dalam Umno bersih?...
- Fitnah Didahulukan, Rakyat Diabaikan
- Kafir Quraisy juga serang peribadi sahabat bila pe...
- Zaid: Saya Bukan Kaki Judi, Orang Umno Selalu Ke K...
- ISU ARAK - KITA SERAH KAT DAP JE LAH CABAR UMNO
- Bung Moktar, Zizie Mengaku Berpoligami Tanpa Izin
- Pakatan sedia hadapi sabotaj Dr Halili
- Keputusan TM Liga Super 20/4/10
- Misteri mayat wanita hamil
- Botol Arak Dalam Poket Tapi Air Kosong Dalam Gela...
- Konspirasi II Anwar: 10 Negara Asean Desak Siasata...
- Kompaun JPJ naik 333 peratus
- TAKTIK LAPUK BN DI HULU SELANGOR
- Ladang Seks Binatang
- Blog Kaki Kencing
- BN Tersungkur MIC Lingkup
- SPR Didesak Turunkan Papan Tanda Provokatif
- Facebook tutup akaun Osama Laden
- Johan pula tarik diri
- Dun Kedah Bubar Jika Banyak Katak Melompat
- Perang Poster Sudah Bermula Di Hulu Selangor
- Godaan pak hitam
- PKR Desak SPR Jelas Pemindahan Pengundi
- Tukar Kawasan Parlimen, Pengundi Adu Ke TV Selango...
- Wartawan Utusan tidak dijemput sertai majlis Pakat...
- Pakej video lucah
- Kedah Terus Kukuh Tanpa Katak
- Dua Ahli Keluar Parti Media Umno Riuh Sekampung
- Gurauan maut seorang suami
- Rakaman Video Achik Spin Kemalangan
- Hari pertama kempen dicemari insiden baling botol
- Zaid Ibrahim lambang "taubat" PKR
- Hah...buat lagi kerja mengarut
- Muhyiddin tak layak jadi TPM
- Lawak Ahad: Cium Nurse
- Keputusan TM Liga Super 17/4/10
- Penyanyi Achik Spin Maut Dalam Kemalangan
- Siaran Langsung TM Liga Super 17/4/10
- Wanita seberang lebih berani penuhi fantasi lelaki...
- On the spot kena pecat
- Blogger Umno Kaki Temberang
- Lebih 500 Bantah APCO 1 Malaysia
- Gambar Sekitar Penamaan Calon PRK Hulu Selangor
- 2 beranak ulit dosa
- Rasuah Kapal Selam, Pendakwaraya Perancis Ambil Ti...
- ‘Pakat Mai Ramai-ramai’ Bertanding Hulu Selangor
- Ngeri...Akhirnya Rentung Pada Kabel Elektrik
- 4 Cawangan MIC Bubar, 1,200 Ahli Sertai KEADILAN, ...
- Umno Gerun Dengan Zaid
- Karaoke berpakej ‘seks ringan’
- Zaid Pening, Anak & Isteri Ajak ‘Shopping’
- Khalid cadang saman Harussani
- Umno Bakal Gigit Jari
- Usaha, doa penentu takdir baik manusia
- SEJARAH KG. SULUK BERULANG LAGI DI KG. BAKAU
- Raja Porno temui cinta sejati
- Apco Nasihati Perang Siber Terhadap Pakatan Rakyat...
- Adun Bakar Arang umum keluar PKR
- Gila kuasa: BN di landasan yang betul
- SPR Tukar Pilihan Raya Di Malaysia Macam Sarkis
- Adegan bogel jatuhkan imej negara
- Borang penamaan calon laku, 14 set dijual
- SPR Buat Peraturan Ikut Suka Hati
- Pimpinan MIC tanding calon bebas
- Petua Hilangkan Uban
- Cabaran jalur lebar di Hulu Selangor
- Zambry takut BN kalah teruk
- NAFSU BINATANG
- KEDA jadi kerajaan di Kedah
- Masyarakat Asli Tuntut Shafie Apdal Mohon Maaf
- Undi orang Asli jadi rebutan
- Zaid Ibrahim Diisytihar Calon PKR Di Hulu Selangor...
- MP Pasir Salak Diberi Amaran Keras
- Cabaran BN Kerana Takut
- Janda Sepi Lelaki Afrika
- Pakatan bincang strategi jika Anwar digantung
- Tony Pua Persoal Mindef Beli Kasut Wanita RM27.5 J...
- ADUN Sitiawan Beri Kenyataan Kepada Polis Daerah I...
- Pasangan sms dicekup berkhalwat
- Gobind Ajak Nazri Beri Keterangan Dalam Inkues Unt...
- Kempen: Jangan terpedaya janji pemimpin Umno/BN
- Nazri Enggan Ulas Lanjut Siasatan Adik PM, Deepak
- Parlimen diperguna melobi Amerika - Dr. Hatta
- Sapa yang mmmohong?
- Jaja ‘daging hidup’
- Perangkap 1 Malaysia
- Kuari Bukit Batu Hampar ; Rupa-rupanya Syarikat ‘O...
- BN iktiraf wakil Bebas
- Kawasan markas BN sudah dilimpahi air
- Khalid: PAS harus keluar PR jika rasa rugi tapi ja...
- Palanivel Sah Calon BN?
- Bawa masuk 34 ‘isteri palsu’
- APCO Worldwide - MP Padang Terap Buat Laporan Poli...
- MIC diramal tegang
- Zaid Ibrahim pilihan PKR jika BN calonkan Palanive...
- Kit Siang Mahu Bawa Usul Tubuh Suruhanjaya Diraja ...
- Jangan cemarkan sukan sekolah dengan aksi lucah!
- Timbalan Menteri Ini Cerdik Macam Pandir
- Tabiat hidu seluar dalam bawa padah
- Tujuh polis kena tahan
- 'Tekanan politik': Dr Pornthip tidak hadir inkues ...
- Laporan Polis Ketiga Terhadap Apco Worldwide
- Lawak Ahad: Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
- Rekod Bukit Selambau Berulang?
- N.Sembilan Juara TM Piala FA
- Siaran Langsung Final TM Piala FA
- Mangkuk punya idea
- Gambar Terkini Dari Bukit Jalil
- Lelaki AS ditahan kerana filem lucah
- Pulun Kedah Pulun
- DENGARLAH, PERCAYALAH, AKU BERSUMPAH...
- Ezam Masih Tidak Menjawab?
- Perlembagaan Persekutuan tentukan kerakyatan, buka...
- Rentap KEDAH N.SEMBILAN
- Kenyataan Zambry Pengecut
- 'Perisik Israel' di Bkt Aman: Hisham arah siasat
- Lelaki gila seks cabul warga emas
- Bantahan peniaga pasar Gunung Rapat
- Tak boleh jawab,Tutup mulut dia
- Tukang karut mula berjenaka di Hulu Selangor
- Najib dan 1 Malaysia
- Tahniah Untuk Katak
- Anwar Kemuka Bukti Tambahan, Tulis Surat Kepada Ag...
- P94: "Pertembungan dua gergasi," Prof Agus
- Sayangi ibubapa sementara mereka masih ada
- Ahli Majlis MPAJ didakwa ugut sebar gambar bogel s...
- Gara-gara isteri tolak seks, suami simbah asid
- Rasis Jadi Makanan Umno
- PKR jangan lagi menternak berudu
- Bahana kencing tikus
- Isteri hamil gian onani
- Blogger Umno bertanding calon bebas ?
- 'Umno APCO' heret Mahfuz ke JK Hak dan Kebebasan P...
- Shahrizat dan Ikan Masin
- Bantuan Beg Sekolah Ditarik Balik, Semata-mata Ker...
- Kedah yakin julang Piala FA
- Calon PR P94
- Mat Rempit perlu pelajari tekonologi enjin, pemili...
- “Saya tunggu polis” - Zulkifli
- Shahrizat kena mintak maaf kat warga emas
- Lu gila ka?
- Akar umbi: 'MIC ya, Palanivel tidak'
- Amaran tsunami di pantai barat ditarik balik
- Mampukah BN merampas kembali P94 Hulu Selangor dar...
- Calon Pakatan Rakyat diumum 13 April
- Ketua Angkatan Muda PKR Disebut Calon Hulu Selango...
- Rumah Allahyarham Din Beramboi dimasuki pencuri
- Noh Anggap Umno-BN Mengatasi Peraturan SPR
- Perisik Israel Dalam PDRM
- Konstabel lihat Navindran pukul Kugan
- HULU SELANGOR : PELUANG BLOGGER MENGISI KEKOSONGAN...
- Pendedahan Untuk Rakyat, Anwar Rela Terima Hukuman...
- BN akan kantoi di Hulu Selangor
- Mahu Gaji Naik, Perlu Sokong GST
- Hulu Selangor : PAS kesal Najib ugut dan perdaya P...
- Najib Amal Pendekatan Populis Urus Ekonomi Negara
- Zakar Tegang Selama 3 Minggu
- 'Saya bukan pelacur'
- Isteri Ketua Cawangan UMNO Ugut Bogelkan Wanita
- Najib Tak Kecut Cuma Kendur
- Bila nak buat Universiti BN di Hulu Selangor?
- Lakonan Najib Di Hulu Selangor
- Yang ni bukan kempen ke bai?
- Sidang DUN Perak adalah sidang Polis – V. Sivakuma...
- Pencuri Sekerap Dipaksa Makan Getah Sekerap
- Ku Li: Umno-BN Akan Hilang Sokongan Melayu Di Hulu...
- PR Sangsi Kemunculan Lebih 2,500 Pengundi Hulu Sel...
- Penyewa cuba rogol, cederakan tuan rumah
- Mafrel Bidas Sogokan Pilihanraya
- Janji-janji BN di Bagan Pinang. Bro Peedee Utama, ...
- Lawak Ahad: Gajah Duduk
- PRK Hulu S’ngor : Polis guna Seksyen 27 Akta Polis...
- Bulldozer tak menang tangan di Hulu Selangor
- Keputusan TM Piala FA Separuh Akhir (2) 3/4/10
- Anwar diugut akan dibunuh jika jadi PM
- Siaran Langsung TM Piala FA - Separuh Akhir Ke 2
- Lucut gelaran helah BN alih perhatian rakyat
- Apa kata Umno dan MIC letak calon masing-masing di...
- Pengawal keselamatan lapor polis skandal seks Soi ...
- 11 pelacur pancing pelanggan ditahan
- Guna gambar Pemimpin PR untuk ceramah UMNO
- Hujan fulu$$$ mula turun di Hulu Selangor
- Din Sempat Melawak Tentang Kematiannya
- Mati Ketika Seks Dalam Kereta
- 16 September Hampir Menjadi Realiti
- Kata 1Malaysia Tapi Berebut Kerusi
- Pulang bawa tangan putus
- Jenazah Din Beramboi Selamat Dikebumikan
- Budak 4 tahun bercita-cita jadi pencuri dan langga...
- Pilihan raya kecil Hulu S'gor - 25 April ini
- Din Beramboi Dikebumikan Sebelum Solat Jumaat
- Takkan bukan Melayu pula yang bela Bahasa Melayu ?...
- Majlis Peguam bantah tahanan Benjy
- PAS Kedah yakin rampas kerusi Kota Siputeh
- Pelajar 14 tahun dirogol berulang kali oleh teman ...
- HULU SELANGOR KINI MEDAN TERBUKA
- Penduduk Hulu Selangor, Bersedia Dan Jangan Terper...
- Fabregas selamatkan Arsenal daripada diaibkan Barc...
- Mengapa Najib umum MEB di luar Parlimen?
- Lebih 100 bilik pelacur dimusnah
- Nizar: Ganesan cabul Perintah Tetap Dewan
-
▼
April
(304)