Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 17, 2010

‘Pakat Mai Ramai-ramai’ Bertanding Hulu Selangor



KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor bakal meriah apabila tidak kurang dari lima calon bebas turut memeriahkan suasana apabila mengambil keputusan untuk bertanding pada 25 April ini.

Tiga daripada mereka menyatakan rasa tidak puas terhadap pucuk pimpinan MIC yang mereka dakwa telah mengabaikan nasib masyarakat India dan dipinggirkan dari arus pembangunan.

Bekas pengerusi bahagian MIC Hulu Selangor, V S Chandran berkata, "Saya akan bertanding di Hulu Selangor dan telah pun membayar wang deposit sebanyak RM5,000 semalam.

"Saya menetap di Hulu Selangor selama 54 tahun. Saya kenal setiap inci bumi Hulu Selangor," katanya.

Chandran pernah dipecat dari parti tahun lalu ekoran masalah disiplin.

Beliau berkata Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan Timbalannya Datuk G Palanivel adalah pembohong. Selama tempuh empat penggal Palanivel sebagai anggota parlimen kawasan itu kehidupan rakyat bertambah susah. Jumlah rakyat miskin semakin meningkat.

Seorang lagi calon yang turut bertanding, Pengerusi MIC Cawangan Bukit Bintang, T Ananthan yang bersetuju dengan pendapat Chandran berkata, "saya pasti akan bertanding di Hulu Selangor kerana telah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan MIC.

"Jika saya mendapat lebih dari 1,500 undi maka jelas menunjukkan bahawa masyarakat India tidak menyokong MIC sebagai sebuah parti," ujar beliau.

"Saya yakin calon BN akan ditewaskan oleh wakil Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim," tambahnya lagi apabila ditanya mengenai calon BN.

Sumber media dipetik berkata Anandhan akan menarik diri dari bertanding pada saat-saat akhir.

Sementara itu, bekas ahi MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP), J Anuratha, akan mengumumkan hari ini sama ada beliau akan bertanding di Hulu Selangor.

"Bapa saya dikenali ramai di Hulu Selangor, dan rajin membantu rakyat,"

"Berdasarkan keyakinan ini, saya yakin dapat sokongan rakyat di Hulu Selangor," katanya.

Selain itu, bekas ketua wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Aminah Abdullah, juga mengisytiharkan beliau akan bertanding di Hulu Selangor.

Beliau pernah bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang tetapi tewas hingga hilang deposit.

Sementara itu, Hindraf juga mengumumkan akan meletakkan calonnya untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor, 25 April ini.

Setiausahanya, V.K.Regu berkata, pemimpin Hindraf telah bertemu dan mengambil keputusan menyertai PRK ini.

Bagaimanapun, katanya nama calon Hindraf akan diumumkan kemudian.

Mereka katanya, sudah menyimpang dari semangat pergerakan itu walaupun pemimpin mereka adalah sebahagian dari Hindraf.

erapakatan







KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive