Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 04, 2010

PR Sangsi Kemunculan Lebih 2,500 Pengundi Hulu Selangor



KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (PR) sangsi dengan kehadiran lebih 2,500 pengundi baru yang direkodkan dalam tempoh dua tahun lalu sejak pilihan raya umum Mac 2008 sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang “ajaib dan luar biasa.”

Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya Selangor Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid berkata pihaknya juga terkejut dengan perkembangan tersebut walaupun tidak menafikan parti-parti politik terlibat dalam kerja-kerja mendaftar pengundi baru.

“Kami pun tidak tahu dari mana datangnya angka ini (lebih 2,500 pengundi baru)... ini sesuatu yang ajaib, luar biasa. Kami akan mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung perkara ini,” kata beliau kepada media.

Sambil mengakui pihaknya juga ada mendaftar pengundi-pengundi baru tetapi jumlah tersebut adalah sesuatu yang begitu besar bagi tempoh dua tahun ini, kata Ahli Parlimen Kuala Langat ini.

“Kita (PKR) juga akan membincangkan, membentangkan laporan mengenai ini esok (hari ini),” kata beliau merujuk kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

“Kita sangsi, kita tidak tahu dari mana datangnya jumlah ini,” kata beliau.

Berdasarkan daftar induk terkini, kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Daripada jumpah tersebut, seramai 2,561 merupakan pengundi baru manakala mereka yang menukar alamat pula adalah seramai 1,343 orang.

Seramai 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita.

Daripada jumlah tersebut, kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16.964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

Abdullah Sani berkata, walaupun peningkatan 2,561 pengundi baru itu boleh mempengaruhi arah aliran pengundian tetapi masih yakin PR-PKR boleh mengekalkan kerusi Hulu Selangor yang dimenangi menerusi Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 8 Mac 2008.

“Kami cukup yakin untuk menang, saya percaya akan mengekalkan kerusi ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding dua tahun lalu,” kata beliau.

Zainal Abidin menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan perbezaan 198 undi. -MI





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive