Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 02, 2010

Pulang bawa tangan putus

KULIM - Seorang lelaki putus tangan kiri akibat ditetak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isteri dan dua anaknya yang berusia tiga dan tujuh tahun.

Kejadian itu berlaku dalam jarak 100 meter dari rumah mangsa di Taman Berlian, di sini, jam 12.45 tengah hari semalam.

Lelaki berusia 30-an itu yang bekerja di sebuah pusat cuci kereta di sini, hilang tangan kirinya manakala tangan kanannya pula hampir putus akibat ditetak dua lelaki yang mengekori mangsa dengan motosikal Honda EX5.

“Kejadian berlaku sangat pantas. Pada mulanya, kami ingatkan mangsa terlibat dalam kemalangan kerana kejadian berlaku di tepi jalan,” kata seorang saksi kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun kata saksi itu lagi, apabila dia dan beberapa orang lain yang berada di situ melihat mangsa berlari ke arah rumahnya yang berjarak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian dalam keadaan tangannya yang sudah putus, barulah mereka sedar dia ditetak.

Pada masa yang sama, kata saksi itu, mereka melihat dua lelaki bermotosikal Honda EX5 berlalu dari tempat itu dalam keadaan tergesa-gesa.

Keadaan menjadi gempar apabila lelaki itu tiba di rumahnya dalam keadaan berlumuran darah. Tangan kirinya yang sudah putus pada paras pergelangan, terjatuh di celah motosikal yang ditinggalkan di tepi jalan.

Mangsa kemudian segera dikejarkan ke Hospital Kulim.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya kini sedang menjejaki suspek.

“Kita siasat kes ini mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Kulim,” katanya.

sinarharian





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive