Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 09, 2010

Sayangi ibubapa sementara mereka masih ada




Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”

Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab:

Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.[1]

Apabila ibubapa kita mencapai umur lanjut, lazimnya cabaran untuk berbuat baik kepada mereka menjadi lebih tinggi. Ini kerana umur yang lanjut selalunya sinonim dengan sifat yang lebih cerewet, celoteh yang pelbagai, kedegilan yang menjadi-jadi dan kesihatan yang semakin berkurang. Maka jika kita dapat bersabar dengan cabaran-cabaran yang kian bertambah ini, maka ia sebenarnya memudahkan lagi laluan ke syurga. Manakala jika kita tidak dapat bersabar, maka ia sebenarnya menyukarkan lagi laluan ke syurga.

Tidak berlebihan jika diumpamakan, berdasarkan hadis di atas, bahawa kita hendaklah memandang ibubapa yang sudah tua sebagai penjaga pintu syurga. Jika kita bersabar dan terus beristiqamah berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan membuka pintu syurga kepada kita. Sebaliknya jika kita hilang sabar dan tidak berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan menutup pintu syurga tersebut daripada kita.

Ibubapa yang sudah lanjut usianya juga telah mendapat perhatian di dalam al-Qur’an. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya,

atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,

maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [al-Isra 17:23]


[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2551 (Kitab al-Birr wa al-Sholah wa al-Adab, Bab sungguh hina seseorang yang mendapati orang tuanya……).

[2] Nukilan berpisah daripada Jami li Ahkam al-Qur’an, (edisi Cdrom The Holy Qur’an v6.31; tafsir kepada ayat 23 surah al-Isra’).






3 ulasan:

  1. memang betul, kena sayang semasa ada tapi kalau tak ada kenalah panjatkan doa untuk mereka semua...

    Melabur Dalam Emas

    Main Farmville???

    BalasPadam
  2. pokku(putrajaya)9/4/10 9:08 PG

    Salam Tuan,
    Terima kasih atas sedikit ilmu yang sememangya berguna untuk diri saya&sahabat2 yang lain dalm mencapai kecemerlangan dunia dan lebih2 lagi akhirat nanti...Mohon kebenaran tuan untuk copy coretan yang bermakna ini bagi disampaikan kpd teman2 di Jabatan saya...

    Jazalkallah hukhairan...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9/4/10 10:17 PG

    salam bro,
    semasa kedua ibu-bapa kami masih hidup...kami adik beradik bergilir2(seminggu disana seminggu disini)menjaga org tua kami dengan penuh kasih sayang...sampai ajal mereka sampai.
    ya kalau nak diceritakan memang panjang..dugaan hidup selain itu kita juga punya keluarga sendiri..apa yg saya mampu buat sentiasa berdoa
    semoga dipermudahkan dan diberi kasih sayang..
    akhir sebelum mereka pergi..kami sentiasa bertanya pada org tua kami..apa lagi ayah, emak yg tak puas hati dengan jagaan kami ini...alhamdullilah mereka hanya tersenyum dan berkata...cukuplah ayah dan emak sangat puas hati...disitu lah kita rasa kepuasan hidup didunia ini...jangan sesekali lupa berdoa utk mereka takkala selesai solat dan membaca yasin pada mlm jumaat(sampai hari ini saya belum pernah lupa)utk sedekah pada mereka....semoga mereka dirahmati hendaknya..amin

    i'm no king

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive