Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 14, 2010

Zaid Ibrahim Diisytihar Calon PKR Di Hulu Selangor



HULU SELANGOR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Komuniti Serendah malam ini.

Turut hadir termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin. Selain itu Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Glaw; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution; Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng juga hadir.

Bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 atas tiket Barisan Nasional (BN) dan menang selepas kerusi itu dikuasai PAS dan juga PKR selama lebih 12 tahun.

Beliau juga adalah pengasas dan pemegang saham utama firma guaman terbesar di Malaysia, Zaid Ibrahim & Co (ZICO) sebelum melepaskan kepentingannya dalam firma tersebut setelah dilantik sebagai menteri di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU ke-12, Mac 2008.

Bagaimanapun pada 15 September tahun yang sama, Zaid bertindak meletakkan jawatannya dalam Kabinet selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan penahanan tiga individu termasuk seorang wartawan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau selepas itu mencetuskan kontroversi dalam Umno selepas dilihat secara terbuka menghadiri majlis parti pembangkang dan akhirnya dipecat daripada parti tersebut pada 2 Disember.

Zaid kemudiannya membuat satu lagi keputusan mengejut apabila menyertai PKR pada Jun 2009.

mstaronline





1 ulasan:

  1. Kesian betul aku dengan sibadut buncit ketua AMK pusat tu...punya laa dok melobi nak jadi calun tak dilayan oleh nuar...ko mana lah ada aura...nak harapkan muka dan body lak nuar tak minat pun...kah kah kah..

    Lepas ni sedia kan 2 keranda untuk pas dan pkr..mana lah tau balik daripada umrah nik ajis terus dibawa ke IJN sebab terkejut awee kelate ni dijadikan calun oleh nuar dia akan kata "watpo jadi lagu ni dah takdo oree lain koo". Lagi satu aku nak tengok gelagat pendekar dan ayam sabung PAS diceramah dan dijalanan...adakah mereka akan mengagunf-agongkan mamat kelate sekor yang telah dibuang oleh umno ni walaupun mereka tau bahawa mamat ni merupakan musuh dan orang yang mengutuk dan mengecam mereka berkenaan dengan isu hudud...

    Tapi...betul gak nuar pilih zaid ni sebab pkr mana ada orang yang layak seperti zaid..dan pak lobai pas kan sekarang ni cuma pacacai dan balaci tua..mereka ni dah ilang taring cuma saekor burung belatok sahaja yang tau mengangguk serta menyetujui apa yang nuar perintahkan....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive