Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 03, 2010

Ditembak dalam kereta: Bekas ADUN Selangor dan pembantu wanita maut









Gambar kereta yang dinaiki mangsa merempuh pembahagi jalan.
Foto: mazidulakmal & ondscene


2010/08/03

PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64 dan pembantunya, Siti Norazah, 43, mati ditembak ketika sedang memandu.

Kereta yang dinaiki mereka merempuh pembahagi jalan. Polis turut menemui sepucuk pistol berisi peluru di dalam kereta mangsa.

Kejadian berlaku di KM476 Lebuhraya Utara-Selatan pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yg dinaiki mangsa, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dipetik melalui status Facebook yang dikemaskini kira-kira pukul 1.30 petang, pada Selasa.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Abdul Aziz mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang sebelum digugurkan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu dan digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak.

Berikut laporan dari blog Ondscene:

KM455-7
Lebuhraya Plus
arah Utara
selepas Restoran Jejantas Sg Buloh
3 Ogos 2010
11 pagi

foto-foto kejadian menyusul

Kejadian ini dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi.

Butiran sebenar kes, akan saya update.

Ia membabitkan bekas Adun Permatang, Dato ABdul Aziz Mohd Nor , 63 tahun ditemui maut di dalam Toyota Caldinanya.

Seorang wanita, Siti Rohana Ihsamat, 43 tahun, yang juga dipercayai pembantu peribadinya, juga ditemui maut di dalam kenderaan ini.

Terdapat dua kesan tembakan pada kepala mangsa.

Kereta ini ditemui terbabas dan merempuh besi pembahagi lebuhraya.

Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

Bedah siasat sedang dilakukan dan punca sebenar kematian akan diketahui.

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis revolver di dalam kereta ini bersama lesen memiliki senjatapi dan peluru

Pistol ini disahkan milik Dato Abdul Aziz.



3 ulasan:

  1. Awat la bodo sangat si polis nie? bukan ada pakar forensik ( konon-konon cam CSI gitu ) pi la check tangan mangsa, sapa yang ada kesan serbuk peluru tu, so dialah yang tembak... ciss tu pun nak kena ajar ka? deyyyy....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive