Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 14, 2010

Kamera Rahsia Di Pejabat MB Bukti Politik Desperado Umno-BN


SHAH ALAM 14 Ogos - Angkatan Muda KEADILAN Selangor menasihati dalang yang meletakkan kamera pengintip di pejabat Menteri Besar Selangor di bangunan SUK Selangor supaya melupakan niat jahat untuk memerangkap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini kerana keikhlasan beliau menjalankan tugas serta melaksanakan tanggunbgjawab yang diamanahkan rakyat pada pilihan raya umum 2008 lalu dikagumi oleh pihak rakan dan lawan.
Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut berkata pihaknya membidas perbuatan tidak bertanggungkawab itu sambil menyifatkan tindakan tersebut jelas berniat jahat dan dilakukan oleh desperado politik.
"AMK Selangor yakin pihak berkenaan akan kecewa dan menemui kegagalan kerana jelas pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim selama ini mengamalkan prinsip ketelusan dan memerangi rasuah.
"Kita juga menggesa satu siasatan rapi dilakukan bagi mengenalpasti dalang yang meletakkan kamera pengintipan tersebut di bawa ke muka pengadilan.
"AMK Selangor berkeyakinan bahawa selama ini prinsip pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersih dan telus akan terus dipertahankan malahan AMK Selangor amat menyanjungi prinsip dan ketegasan Menteri Besar Selangor dalam soal memerangi rasuah di negeri ini," kata Mohd Ezli.
Sehubungan itu AMK Selangor bertegas perkara sedemikian di ambil perhatian serius agar kejadian serupa tidak berulang dan pihak yang bersubahat dikenakan tindakan undang-undang.

SK


3 ulasan:

  1. Aku tengok dalam berita semalam.Tapi kenapa MB pegang kamera tu.Kalau xsilap aku,dia tak pakai glove la rasanya.At least ada evidence cap jari ke...

    BalasPadam
  2. Dgn tiada bukti mahupun pertunjuk, terus menuduh UMNO bertanggungjawab. Desperado Pakatan Rasuah atau UMNO?

    BalasPadam
  3. salam.
    memang terdesak mereka ni.puak2 Pakatan Rogol ni dah terdesak.... kesian....
    nak buat citer pun cari la yang baik sikit...
    hahahahahaa... lawak bangang..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive