Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 03, 2010

Laman filem lucah ditayang di Parlimen Indonesia


GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Kompas.com menunjukkan laman web lucah pada skrin maklumat terkini politik di depan bilik wartawan di Dewan Perwakilan Rakyat di Jakarta semalam.

JAKARTA - Laman filem lucah yang disiarkan pada skrin perkhidmatan maklumat di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu Parlimen di Indonesia telah menggemparkan wartawan-wartawan dan birokrat semalam.

Skrin perkhidmatan itu pada kebiasaannya menyiarkan berita terkini mengenai politik di negara tersebut.

Imej laman filem lucah yang diambil daripada Internet itu berlangsung selama 15 minit sebelum pengawal keselamatan berjaya menutupnya.

Setakat ini, tidak jelas bagaimana imej kurang sopan itu boleh muncul di skrin.

Namun Speaker Parlimen, Marzuki Alie menegaskan bahawa sesiapa yang didapati bertanggungjawab berhubung kesilapan tersebut akan dihukum.

"Sesiapa yang menggodam skrin ini bersikap kurang ajar dan akan dihadapkan ke pihak berkuasa," katanya.

Insiden itu pastinya memalukan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang baru-baru ini menyokong gesaan agar kawalan ke atas Internet diperketatkan berikutan timbulnya skandal video seks melibatkan tiga selebriti terkenal negara berkenaan iaitu penyanyi band Peterpan, Ariel dengan pengacara Luna Maya dan Cut Tari. - Agensi

kosmo

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive