Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 05, 2010

Laporan penuh kematian bekas ADUN diketahui seminggu lagi


Laporan penuh kes kematian bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh bersama pembantu peribadinya pada Selasa hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata laporan penuh itu merangkumi tiga elemen penting iaitu laporan bedah siasat, laporan balastik dan laporan forensik.

"Ini merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan siasatan sesuatu kes pembunuhan. Laporan balistik untuk kesan bukti dan elemen membabitkan penggunaan senjata iaitu pistol, jarak tembakan dan lain-lain lagi.

"Laporan bedah siasat penuh adalah bagi mencari maklumat dan bukti lain jika ada manakala laporan forensik adalah untuk mengesan bukti fizikal di kawasan kejadian termasuk kereta dan jalan raya," katanya kepada Bernama Rabu.

Abdul Aziz, 64, ditemui mati bersama Siti Rohana Ismat, 43, dengan kesan tembakan pada kedua-dua kepala mereka dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini pada 11 pagi pada Selasa.

Katanya pegawai siasatan telahpun merakam keterangan awal kenalan melalui data dalam telefon bimbit melalui kedua-dua mangsa dan akan memanggil lagi mereka yang mampu membantu siasatan.

Khalid berkata polis sedang berusaha menyiapkan segera ketiga-tiga laporan penuh itu dan dalam masa yang sama perlu menghormati kedua-dua keluarga.

"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya pergi ke rumah seseorang atau tanya orang yang sedang bersedih semudah itu. Kita perlu hormati juga keadaan mereka," katanya.

Menurutnya siasatan juga kini menjurus kepada motif kenapa kejadian itu boleh berlaku berdasarkan bukti daripada tiga laporan penuh itu bagi mengelak sebarang "spekulasi liar".

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, pula berkata terdapat beberapa teori yang mungkin boleh dikaitkan dengan kejadian tersebut tetapi hanya laporan bedah siasat, forensik dan balastik yang dapat menentukan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kedudukan jarak tembakan itu juga boleh menentukan sama ada ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Laporan balastik boleh menentukan kesan belerang yang terdapat pada pistol menunjukkan tembakan dilakukan dari jarak dekat atau jauh," katanya.


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive