Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 08, 2010

MB: Isu protokol diraja selesai, kritikan Umno tidak relevan

Khalid: Pegawai-pegawai protokol Selangor telah pun menemui pegawai-pegawai Istana.
BANGI, 7 Ogos — Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan pentadbirannya telah menyelesaikan isu berhubung keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke Festival Lagu Islam di Shah Alam 4 Julai lalu, di mana Sultan Selangor dan kebanyakan Exco turut tidak dimaklumkan.


“Pegawai-pegawai protokol Selangor telah pun menemui pegawai-pegawai Istana,” kata Menteri Besar Selangor kepada pemberita di sini hari ini.


Bagaimanapun semalam, Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor yang tidak memperdulikan keberangkatan Tuanku Nur Zahirah ke majlis itu sebagai biadab dan tidak menghormati institusi diraja.


Beliau berkata kegagalan kerajaan negeri memohon maaf sehingga hari ini juga dianggap tidak wajar dan seolah-olah terlalu mengikut telunjuk sekutunya, DAP yang cenderung tidak menghormati kaum Melayu dan institusi diraja.


Noh yang ditemui pemberita selepas ceramah program Selamatkan Selangor Darul Ehsan malam tadi juga berpendapat Menteri Besar Selangor sepatutnya lebih arif tentang protokol dalam majlis yang dihadiri orang-orang kenamaan.


Khalid tidak mahu mengulas lanjut isu berkenaan meskipun dikritik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo dan juga Noh.


Dalam reaksinya hari ini, Khalid mengetepikan kritikan-kritikan mereka.


“Ia (kritikan mereka) tidak relevan,” kata Khalid.


Khalid menekankan, Tourism Selangor bertanggungjawab atas kekecohan yang tercetus itu.


“Mereka telah diminta melihat (apa yang telah berlaku) dan mengambil langkah untuk membetulkannya,” kata Khalid.


Laporan sebelum ini menyebut Tourism Selangor telah menerima surat tunjuk sebab daripada Exco Kerajaan Selangor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelancongan, Elizabeth Wong.


Khalid menambah, persoalan Wong secara peribadi meminta maaf ataupun dipertanggungjawabkan tidak timbul sama sekali.


Khamis lalu, Istana Negara menafikan bahawa keberangkatan Tuanku Nur Zahirah ke majlis Festival Lagu Islam atas sebab-sebab peribadi.


Istana Negara berkata keberangkatan Tuanku Nur Zahirah ke majlis itu merupakan acara rasmi baginda.


“Pentadbiran Istana Negara ingin menasihati pihak yang terlibat dalam perkara ini supaya tidak mengulangi perkara seperti itu dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin boleh disalahtafsirkan oleh rakyat,” kata kenyataan itu.



TMI


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive