Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 01, 2010

Perbicaraan Fitnah II Diteruskan Isnin Walaupun Pincang

Oleh Frederick Luccas



SHAH ALAM 1 Ogos - Perbicaraan penuh kontroversi Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersambung esok 2 Ogos di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan berlatarbelakangkan penafian dokumen dan bahan bukti kepada pasukan pembelaan.

Dalam satu kenyataan media semalam, Biro Antarabangsa KEADILAN menyatakan ramai pemerhati dan pemimpin dunia merasakan pertuduhan ke atas Anwar langsung tidak berasas dan berbaur politik tetapi pihak berkuasa mahu meneruskan juga perbicaraan ini.

Menurut Biro Antarabangsa, perbicaraan ini merupakan hanya satu pengulangan siri perbicaraan yang amat memalukan yang terpaksa ditempuhi oleh Anwar pada tahun 1998 hingga 1999, di mana perbicaraan itu telah dikutuk oleh masyarakat antarabangsa apabila mantan Timbalan Perdana Menteri itu dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun.

"Setakat ini, pihak pembelaan telah dinafikan pelbagai bukti dan laporan melalui keputusan mahkamah yang berat sebelah, dan ini telah memberikan rintangan yang cukup besar kepada pihak pembelaan untuk membina satu pertahanan yang kukuh.
"Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang didakwa terlibat di dalam sekuel kali ini, sebelumnya telah didedahkan memainkan peranan penting memalsukan bukti terhadap Anwar dalam perbicaraan tahun 1998-99," kata kenyataan itu.

Lebih memalukan, satu skandal baru telah didedahkan oleh blogger terkemuka, Raja Petra Kamarudin apabila Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif, didakwa terlibat dalam hubungan sulit dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, individu yang bukan sahaja mendakwa Anwar malah merupakan saksi utama perbicaraan ini.
Pihak pendakwa raya pula telah mengugurkan Farah daripada kes ini sejurus skandal selepas ini didedahkan.

"Perbicaraan ini perlu dilihat sebagai satu bahagian daripada serangan terancang terhadap Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang rapat dengan beliau. Tidak dinafikan bahawa serangan kerajaan Umno-BN yang cukup menyeluruh sejak tahun lalu telah memberikan satu kesan yang cukup dalam.

"Ini termasuklah cubaan berkali-kali memburukkan nama Anwar melalui media aliran perdana yang di bawah kawalan Umno-BN, dan serangan bertubi-tubi Umno-BN ke atas beberapa kerajaan negeri Pakatan, terutamanya Selangor yang merupakan negeri terkaya dan kebanggaan KEADILAN.

"Tindakan Umno-BN dapat dilihat melalui tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah berkali-kali menyiasat para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.
"Tidak cukup dengan itu, kerajaan Umno-BN melangkah setapak lagi dengan tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar rasmi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat iaitu akhbar Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket. Kini, permit akhbar PAS, Harakah telah diperbaharui tetapi terpaksa mematuhi beberapa syarat berat yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri," jelas Biro Antarabangsa lagi.
Perbicaraan Anwar dijangka diteruskan hingga hujung bulan Ogos.

SK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive