Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 15, 2010

PKR dakwa pendapatan Pengerusi Felda RM2 juta, cabar Yusof nafi


Yusof (kiri) diminta menyatakan samada pendapatan beliau mencecah RM2 juta setahun. — gambar fail.

Oleh Syed Mu’az Syed Putra August 14, 2010


PETALING JAYA, 14 Ogos — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah hari ini mencabar Tan Sri Mohd Yusof Nor agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.
Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.

Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.

Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.

“Saya nak tanya kepada beliau (Yusof) berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

“Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau berkata dakwaan Yusof menerima ganjaran sebanyak RM2 juta hanya khabar angin tetapi ia penting untuk diketahui umum terutamanya peneroka.

“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau (Yusof).

“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun.

“Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata beliau.

Felda diasaskan pada 1956 untuk membantu orang miskin kepada sebuah kawasan membangun.

Ia telah berkembang dan menjadi pembekal perladangan terbesar di dunia, dengan 811,140 hektar ladang kelapa sawit, terutama di Malaysia, dengan beberapa operasi di Indonesia.

TMI


3 ulasan:

  1. ini tak confom lagi YANG BETUL-BETUL CONFIRM N.AJIS DAN ROMBONGAN SATU KAMPONG ANAK BERANAK SATU KAPAL DAPAT TAJAAN PERGI HAJI DAN UMRAH BERPULUH RIBU HINGGIT ITU YANG ANA TAU...... YANG ANA TAKATU MUNGKIN BERJUTA HINGGIT LAGI RASUAH/DERMA YANG TAK DIREPOTKAN MUNGKIN JUGA BERLAKU INI TAK CONFIRM TAPI KALAU DAH SUDI TERIMA DERMA TU TAKAN LAH SEBELUM NI, KINI DAN SELAMANYA TAKDA APA-APA KOT FAHAM-FAHAM LA SEMUA KATA PERIBAHSA MELAYU ANJING KALAU DAH BIASA MAKAN TAHI TAKMAKAN CIUM -CIUM ADA JUGA...

    BalasPadam
  2. APA SIBUK,TAKKAN GAJI PM DAN PENGERUSI RM2000.PERGI CEK LE CEK ANUAR TU .GAJI RM2000 KE.

    BalasPadam
  3. aku setuju,dok tenguk gaji dan pendapatan umno,oi,pi le cek sama gaji dan pegerusi pas,pkr,terbeliaq bijimata ko orang.

    kalau berani cek le pengerusi cina cina sekali.inile melayu dengki ,cina tak cek sebab kecut telur,melayu asyik nak korek je.dasar melayu busuk hati,tenguk la nanti siap jual negara sebenarnya.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive