Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 16, 2010

Polis lempar kasut kepada KM Kashmir

Ketua Menteri Jammu dan Kashmir Omar Abdullah tidak menjangka seorang pegawai kanan polis akan melempar kasut kepadanya sewaktu perhimpunan hari kemerdekaan India di Srinagar.

Seorang penolong sub-inspektor membaling kasut kepada Omar, di Srinagar, ibu negeri Jammu dan Kashmir, semasa perbarisan hari kemerdekaan ke-64 di stadium Bakshi hari ini.

Kasut itu dilaporkan tidak mengenai Omar dan polis itu terus ditahan oleh pegawai keselamatan ketua menteri, lapor saluran televisyen India.

"Saya tidak kecewa jika seorang individu membuat bantahan. Kenyataannya bahawa dia baling kasut dan bukan batu menjelaskan semuanya," kata Omar, 40, laporan saluran tempatan.

Lembah Kashmir yang indah telah dirosakkan oleh rusuhan politik yang teruk dalam beberapa bulan ini berikutan para perusuh yang marah beralih kepada melontar batu di banyak bahagian di bandar raya.

Lebih 50 orang, kebanyakannya remaja, mati di Kashmir sejak dua bulan lalu berikutan ketegangan yang memuncak dengan keganasan pro kemerdekaan menggegarkan wilayah itu.

Insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas Presiden Pakistan Asif Ali Zardari mengalami keadaan yang sama semasa berucap dalam perhimpunan umum di London.

Sekarang, di tanah air, Omar menambah kepada satu lagi senarai mangsa yang termasuk Menteri Dalam Negeri India P. Chidambaram, yang hampir terkena balingan kasut daripada seorang wartawan di New Delhi.

Di Srinagar, sambutan perayaan itu sekali lagi dicemari dengan beberapa protes jalanan yang melaung-laungkan slogan anti-India.

Sebelum itu, di ibu negara, Perdana Menteri Manmohan Singh dalam ucapannya kepada penduduk negara itu berkata Kashmir merupakan sebahagian daripada India dan kerajaannya bersedia untuk berbincang dengan setiap individu atau kumpulan yang tidak menyokong keganasan.

"Kashmir adalah bahagian India yang penting. Dalam lingkungan rangka kerja ini, kami bersedia untuk bergerak ke depan dalam sebarang perbincangan yang akan meningkatkan perkongsian manusia biasa dalam urus tadbir dan juga meningkatkan kebajikan mereka," kata Manmohan.

- Bernama


1 ulasan:

  1. dah xde benda lain ker nk baling selain kasut?? :-D

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive