Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 15, 2010

‘Roma Irama’ didakwa rogol

SHAH ALAM – Seorang pemuda Orang Asli dari suku Temuan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis Melayu dipercayai dengan cara pukau, dua bulan lalu.

Roma Irama Mohd Rafi, 25, dituduh merogol mangsa yang juga teman wanitanya berusia 16 tahun 7 bulan pada jam 10 malam, di rumahnya, Kampung Orang Asli Gurney, Hulu Yam Bharu, 25 Jun lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripadanya yang tidak fasih berbahasa Melayu.

Dia yang hanya melakukan kerja-kerja di kampungnya didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum.

Hakim Hasbi Hasan membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan kes pula ditetapkan pada 2 September depan bagi tujuan rekod pengakuan dan mendapatkan jurubahasa orang asli Temuan.

SH

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive