Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 14, 2010

Terkini:3 maut dan 18 cedera ribut landa bazar Ramadan


Keadaan Bazar Ramadan di pekarangan Stadium Jasin yang musnah dilanda ribut kira-kira 5 petang tadi.



ANTARA mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas tempat mereka berniaga di Bazaar Ramadan Stadium Jasin dipukul ribut mengakibatkan tiga peniaga maut dan beberapa lagi cedera di Jasin, Melaka, 13 Ogos.

JASIN 13 Ogos – Angka kematian terkini kejadian ribut kencang di Bazar Ramadan di Stadium Jasin, di sini petang tadi, kini meningkat kepada tiga orang.

Jumlah yang cedera bagaimanapun masih kekal 18 orang.

Kejadian pada pukul 4.45 petang itu, mengakibatkan kira-kira 40 gerai peniaga di kawasan tersebut musnah dipukul angin.

Terdahulu:

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Che Suza Che Hitam berkata dua peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.

“Ketiga-tiga mangsa cedera parah di kepala terkena khemah (panjang) 20 kaki kali 20 kaki (lebar) yang diterbang ribut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Che Suza berkata Abdul meninggal dunia ditempat kejadian, Mahadi di. Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka.

Mayat Abdul dan Mahadi dibedah siasat di Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka.

Mahadi peniaga martabak manakala Abdul penjual cendol.

Sebanyak 21 khemah disediakan untuk 56 orang peniaga di bazar tersebut.

Beliau berkata kebanyakan daripada 18 mangsa yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Jasin.

Seorang peniaga yang terselamat dalam kejadian itu, Farim Rosli, 32, berkata kejadian ribut yang kuat itu telah menerbangkan hampir kesemua 30 khemah yang disediakan kepada peniaga di Bazar Ramadan berkenaan.

“Tiba-tiba ribut datang, terbangkan khemah tempat saya berniaga, nasib baik saya dapat mengelak daripada terkena tiang besi kaki khemah yang diangkat ribut, kalau tidak tak tahu nasib saya,” katanya.

Beliau berkata orang ramai dan peniaga bertempiaran lari menyelamatkan diri dan ada di antara mereka yang dihempap oleh khemah.

“Sepanjang tujuh tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama kami (peniaga) dilanda ribut yang cukup dasyat, walaupun dalam tempoh yang tidak lama,” katanya dari Kampung Air Merbau.

Seorang pengunjung Bazar Ramadan itu, Fatimah Hassan, 32, berkata ketika kejadian orang ramai sedang sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar berkenaan.

“Keadaan ketika itu begitu kelab kabut dengan masing-masing cuba lari. menyelamatkan diri, saya bersyukur kepada Allah kerana tidak cedera walaupun nyaris-nyaris terkena tiang besi kaki khemah yang diterbangkan ribut,” katanya.

Turut melawat mangsa ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ahli Parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Rambai, Hassan Rahman. — Bernama

1 ulasan:

  1. ni adalah 1 peringatan dari a.s.w.t,mengejar kejaya hidup tapi lupa mengingsafi kematian ,UMnopco terapkn dalam minda 1malaysia,

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive