Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 14, 2010

Warga Shah Alam Desak Kerajaan Segera Siapkan Hospital Shah Alam



Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

Rentetan pembinaan Hospital Shah Alam yang tergendala sejak Mei lalu, warga Shah Alam mendesak kerajaan menyelesaikan kemelut itu dengan kadar segera.
Majoriti warga Shah Alam meminta kerajaan mengambil tindakan yang lebih pro aktif dalam menyelesaikan konflik yang sedang melanda antara kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kerja Raya dengan lebih berkesan kerana ia membabitkan peruntukan wang rakyat sebanyak RM482 juta.
Tinjauan TV Selangor mendapati pembinaan Hospital Shah Alam di negeri ini adalah sangat diperlukan memandangkan ia merupakan perkara asas dalam mendapatkan rawatan kesihatan dengan lebih mudah.
“Saya rasa perlu diadakan dan disiapkan hospital itu dengan segera, kerana manusia ini jangka hidup dia tidak sama. Ada kaya ada miskin.
“Perlu disegerakan dan diteruskan dengan secepat mungkin, kita ini hendak pergi hospital maklumla semua barang naik, kos perubatan pun naik, jadinya ada hospital kerajaan itu yang termampu kita pergi,” kata Mahaad Mustafha merupakan seorang pekerja swasta di Shah Alam.
“Hospital dekat Shah Alam ini memang sangat diperlukan sebab malu lah, satu-satunya bandaraya yang tiada hospital kan. Lagi satu hospital lain jauh kan, kita hendak pergi hospital lain pun yang ada cuma Hospital Klang atau Putrajaya kan, maknanya hendak berurusan memang susahlah, kita memerlukan sangat. Lagi pun Poliklinik yang ada di Shah Alam ini berapa sangat yang boleh kita tampungkan untuk perkara kecemasan atau bersalin memang susahlah.
“Kalau boleh buatlah secepat yang mungkin dan kalau ada masalah-masalah tu, selesaikan sebab rakyat sangat memerlukan hospital ini sepertimana yang dijanjikan oleh kerajaan kepada rakyat,” kata Ahmad Shukri Ahmad Yusuf merupakan pekerja swasta juga.
“Memang sangat diperlukan kerana orang kata warga Shah Alam ini buat bangunan ini cepat sebab sekarang saya dengar dia tergendala kan, mengenai kontraktor yang lambat tu, sila cepat selesaikanlah ya,” kata Paraam Singh.
“Awak punya tanggungjawap ialah rakyat, awak tengok ya bertapa rakyat sudah banyak sengsara, awak sudah ambil duit rakyat tetapi awak buat projek itu tidak bersungguh-sungguh pula,” kata seorang warga emas yang tidak mahu dikenali.
Pembinaan Hospital Shah Alam adalah merupakan sebuah projek Bn yang mengikut perjanjian asalnya kontraktor perlu menyiapkan hospital itu sebelum 25 Jun 2011.
Bagaimanapun pembinaan hospital 300 katil itu tegendala dan bertambah teruk apabila baru-baru ini pada 11 Ogos, Syarikat Sunshine Fleet Sdn.Bhd telah memberhentikan syarikat GM Healthcare Sdn.Bhd daripada menjadi sub kontraktornya pula.
Sunshine Fleet Sdn.Bhd telah memberikan notis 8 jam kepada GMH dengan arahan GMH perlu mengosongkan segala barang milikan di lokasi pembinaan dengan segera.
Tindakan tidak adil ini turut sama berlaku kepada syarikat Isyoda (M) Sdn.Bhd yang pada mulanya adalah sun kontraktor utama yang dilantik oleh Sunshine Fleet.
TV Selangor difahamkan isu pembinaan hospital ini bukan saja melibatkan kontraktor dan sub kontraktor malah membabitkan seramai kira-kira 850 pekerja buruh binaan yang terpaksa mengalih pekerjaan mereka ekoran tidak dibayar gaji sehingga terdapat pelbagai bantahan pekerja melalui kain banting yang dipasang di luar pagar hospital itu.

TVS

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive