Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 16, 2010

4 Cawangan MIC Bubar, 1,200 Ahli Sertai KEADILAN, 13 Lagi Menyusul

Oleh Fazli Othman


BUKIT SENTOSA 16 Apr - Empat cawangan MIC Hulu Selangor dibubarkan membabitkan lebih 1,200 ahli sejurus selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional petang semalam.

Dalam satu majlis penerangan kerajaan negeri Selangor di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Ketua Cabang Parit Sulong Hasmi Hashim berkata empat cawangan terbabit ialah cawangan Batang Kali, Taman Wawasan, Ladang Ulu Tamu dan Ulian Baru.

"Kemungkinan 13 cawangan MIC lagi akan dibubarkan kerana tidak setuju dengan campur tangan Umno dalam pemilihan calon MIC bagi Hulu Selangor.

"Isyarat ini jelas menunjukkan rakyat di Hulu Selangor tidak lagi yakin terutamanya masyarakat India yang berada di peringkat akar umbi.

"Calon yang dikatakan kononnya calon jalan tengah bukan calon pilihan MIC tetapi Umno maka jelaslah di sini MIC tidak mempunyai suara tetapi Umno yang telah menetapkan calon untuk MIC," kata Hasmi.

Sebelum ini, satu laporan berita mengatakan bahawa semua cawangan MIC di Hulu Selangor akan ditutup jika jika tuntutan mereka agar Datuk G Palanivel dicalonkan ditolak.

suara-keadilan






4 ulasan:

  1. Keadilan pinjam ayat UMNO kot..nampak macam sama saja gaya bahasanya !!! ha.ha..ha..awat tak boh lebih sikit tambah satu ka..dua lagi ka kosong kan boleh jadi 12,000,00 keluar mic..ha..ha..ha...

    BalasPadam
  2. di salah satu pusat mengundi hari ini umno/bn telah menganjurkan majlis bacaan yaassin selepas solat jumaat di setiap cawangan demi untuk kemenangan calon MIC. Fikir-fikirkan lah....

    BalasPadam
  3. Laaa... baik hang buat cerita kata cawangan UMNO bubar.. baru la gempak... takat MIC bubar tak best sgt... tak climax la... mcm mati pucuk jer... Suara keadilan hang nk percaya... ish2.. mmg jenis buta hati susah la...

    BalasPadam
  4. 3 msg atas nih xde motif ke ape? ape yg cube diterangkan aku pun x tau. aku orang asal hulu selangor. sebenarnya lebih 1200 ahli yg kua umno. memang dalaman umno teruk. kalo x caya meh datang sini dengar mulut orang sini. jgn duk atas kusi menggemukkan diri.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive