Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 16, 2010

Umno Gerun Dengan Zaid

Oleh Rusnizam Mahat


KUALA LUMPUR 16 Apr - Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata calon pilihan raya Pakatan Rakyat bagi KEADILAN di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim akan memberikan tekanan dan mengentarkan Umno-Barisan Nasional.
Azmin berkata, Zaid merupakan calon yang sesuai di kawasan itu berdasarkan pengalaman beliau yang luas sebagai pemimpin dan pernah dilantik sebagai Menteri Kabinet.
"Sebagai pemimpin yang bukan ahli biasa dan pernah menjadi pemimpin kanan, termasuk bekas menteri ketika di dalam kerajaan, Zaid tahu selok belok amalan buruk pemimpin Umno dan Barisan Nasional.
"Beliau juga telah sedikit sebanyak memberikan sumbangan kepada rakyat ketika di dalam kerajaan," ujarnya.
Menurut Naib Presiden KEADILAN itu lagi, keputusan meletakkan Zaid sebagai calon menyebabkan Umno dan MIC kini merasa gelabah dan bergaduh sesama sendiri bagi menentukan calon pilihan mereka.
"Maka MIC dan Umno terpaksa pilih calon lain untuk bersaing dengan Zaid. Umno telah merasakan tekanan dengan Datuk Zaid," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
Kenyataan Azmin itu melenyapkan persepsi jahat dimainkan Umno yang dilihat cuba melaga-lagakan beliau dan calon pilihan raya Hulu Selangor itu.
Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat kenyataan beberapa pimpinan KEADILAN tidak bersetuju Zaid diletakkan sebagai calon di Hulu Selangor kerana khuatir kedudukan politik mereka dalam KEADILAN akan terjejas.
Ketika ditanya tentang propaganda yang cuba dimainkan Umno mengenai kritikan Zaid terhadap PAS semasa di dalam Umno, Azmin berkata perkara itu berlaku semasa beliau di dalam parti itu.
Katanya, penyertaan Zaid ke dalam Pakatan Rakyat bermakna Zaid bersedia menerima segala dasar perjuangan gagasan itu.
"Itu mungkin ketika beliau di dalam Umno dia tidak faham tentang perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Namun sekarang beliau berada dalam Pakatan Rakyat dan diterima dalam Pakatan Rakyat dan juga PAS. Beliau mungkin telah fahami lebih jelas matlamat perjuangan Pakatan Rakyat," kata Azmin.

suara-keadilan







1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive