Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 12, 2010

APCO Worldwide - MP Padang Terap Buat Laporan Polis Di IPD Kuala Nerang





Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria telah membuat laporan polis terhadap firma perunding APCO dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia.

Ahli parlimen Padang Terap itu memberitahu, beliau membuat laporan tersebut di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah kira-kira jam 1.00 petang 10 April 2010.

Dalam aduannya, Nasir berkata, beliau yakin, syarikat tersebut "mempunyai kaitan dengan kerajaan haram Israel", berdasarkan rekod perjanjiannya dengan negara tersebut sebelum ini.

"Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.

"Sudah tentu berurusan dengan syarikat tersebut, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar negara Israel akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses pihak luar," laporan polis tersebut dipetik.

Beliau ditemani beberapa pemimpim parti itu di peringkat PAS kawasan dan PKR cabang di kawasan tersebut. Antaranya Timbalan Yang Di Pertua PAS Padang Terap Saudara Mohamad Talib, Setiausaha Pas Kawasan, Ustaz Mohd Azam,pimpinan-pimpinan PAS kawasan, pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan, Pimpinan PKR Cabang Padang Terap dan ahli-ahli PAS serta penyokong

Sebelum laporan dibuat satu sesi mengedar rislah penerangan mengenai APCO dibuat di sekitar pekan sehari Bandar Kula Nerang kepada orang ramai. Rata2 bersyukur atas penerangan dan usaha murni PAS kawasan untuk menerangkan bahaya APCO dan pengaruh Yahudi kepada negara



dpppadangterap






KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive