Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 08, 2010

Bantuan Beg Sekolah Ditarik Balik, Semata-mata Kerana JKKK



KUALA TERENGGANU – Oleh kerana kuasa politik yang diberikan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) menyebabkan bantuan beg sekolah kepada pelajar ditarik balik.
Sehingga kini beg sekolah yang sepatutnya diagih-agihkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan itu, masih tersimpan disekolah.

”Isu fokus saya, (berlaku) di Sekolah Rendah Kedai Buluh, dikatakan baru-baru ini cikgu-cikgu beri bag sekolah kepada pelajar-pelajar, pelajar-pelajar bawa bag balik kampung, balik rumah,


“Tak dang (sampai) dua tiga hari, cikgu beritahu pula, bag-bag hantar semula, sebab pengerusi JKKK kata, kena ‘sign’ (tandatangan) dia dulu, baru nak beri,”ujar ADUN Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah, memberitahu sidang DUN Terengganu.

(Gambar - Ustaz Mohd Nor (berkopiah) bersama ADUN Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut)

Beliau berkata, cikgu terpaksa meminta semula bag-bag tersebut dari anak murid mereka kerana ‘tahap atau kuasa’ mereka kurang daripada pengerusi JKKK.

”Hantar semula, anak murid ni bagus, hantar semula (bag),”sambung Ustaz Mohd Nor ketika meneruskan ucapannya dalam membahaskan titah perasmian sidang DUN semalam, Isnin 6 April.

Menurutnya, sehingga kini, beliau dimaklumkan, bag-bag sekolah tersebut masih banyak disekolah tersebut.

Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu memaklumkan kepada Dewan yang mulia itu, kisah tersebut sebagai satu contoh, kemiskinan tidak akan terhapus disebabkan birokrasi pentadbiran negeri.

Beliau membawa kisah tersebut kerana JKKK seringkali menjadi ‘batu penghalang’ dengan mengamalkan sikap tunjuk kuasa, pilih kasih dan mendahulukan kroni.

Akhbar Tidak Betul Atau MB Ambil Tindakan.

Ustaz Mohd Nor turut menyentuh, isu berkaitan penahanan ‘penguatkuasa’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 April lalu.

Sambil menunjukkan akhbar berkenaan yang melaporkan, antara yang ditahan adalah penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Oleh itu beliau memohon penjelasan daripada kerajaan samada benar-benar penguatkuasa PBT terlibat, atau akhbar tersebut yang salah lapor.

”Saya sedih, bila membaca Sinar Harian menyebut SPRM tahan 10 penguatkuasa PBT, kita (saya) tertanya-tanya adakah ini memang berlaku?,

”disebut sedikit dalam berita minggu, ditengah-tengah ucapan Menteri Besar menafikan perkara ini,”katanya.

Namun, beliau tetap mahu bertanya, di dalam sidang DUN semalam, adakah ia benar-benar berlaku.
Katanya, sekiranya ia benar berlaku apakah tindakan kerajaan terhadap penguatkuasa yang ditahan itu, sebaliknya, sekiranya tidak, apa pula tindakan MB terhadap akhbar tersebut.

Ucapan ADUN Bukit Payung itu mencuri tumpuan ahli-ahli yang berhormat termasuk Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, sehingga beliau bingkas bangun dan menafikan berita tersebut.

Walaupun sepatutnya dalam sesi perbahasan titah perasmian, menurut peraturan dewan, tidak dibenarkan celahan atau gangguan, samada pertanyaan atau penjelasan.

buletinonline





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive