Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 08, 2010

Shahrizat dan Ikan Masin



Oleh Noor Safinas Ghazali

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah mengecam kenyataan Ketua Wanita Umno yang menyifatkan pemberian RM100 kepada warga Emas di Pulau Pinang sebagai memalukan.

Idham berkata, kerajaan Pulau Pinang di bawah teraju Pakatan Rakyat (PR) yang Ketua Menterinya, Lim Guan Eng adalah lebih baik berbanding BN yang hanya memberikan RM 100 tetapi untuk lima tahun.

Menurutnya, kenyataan Shahrizat itu sesuatu yang memalukan dan cukup menghina warga emas di negeri itu apabila dengan slambanya Shahrizat menyatakan ‘takziah’ kepada mereka.

“Islam tidak mengukur sebanyak mana nilai yang diberi, namun keikhlasan dan kemampuan yang ada itu adalah ukuran yang utama disisi Allah SWT.

“Bayangkan jika Guan Eng bagi RM100 untuk setahun, BN bagi RM 100 untuk 5 tahun kepada rakyat, mana lebih murah dan memalukan.

“Ertinya, nilai dan maruah orang Melayu Umno khususnya, cuma dibayar dengan nilai tidak sampai RM 2. Hanya RM 1.6666666666 sen sahaja sebulan.

“Realitinya UMNOlah yang sering meletakan nilai orang Melayu lebih murah daripada sekilo ikan kering (ikam masin) dengan menggunakan wang memancing undi setiap kali pilihanraya,” katanya dalam satu kenyataan kepada erapakatan.com





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive