Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 07, 2010

Calon PR P94

Ramai masih tertanya tanya malah ada yang membuat andaian sendiri siapakah yang bakal diletakkan sebagai calon bagi Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Hulu Selangor (P94) 25 april 2010.
Ada yang mahu wakil dari PKR dicalonkan. Berlegarlah desas desus ini diserata negara malah menjadi intaian bagi Umno BN.

Strategi harus lengkap bagi Pakatan Rakyat kerana dewasa ini terlalu banyk isu yang memeningkan rakyat walaupun rata rata ahli dan penyokong dari pakatan Rakyat sendiri tahu kesahihan cerita tersebut. Isu isu yang menjadi hangat kebelakang ini ialah ada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat yang melompat parti menjadi wakil bebas di Parlimen..Bebas kee?.
Isu lompat parti ini menjadi goresan hati rakyat walaupun ianya cuba dijawab oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Pengundi tidak sesekali mahu diperbodohkan lagi.
Ada dikalangan pengundi cukup berhati hati memilih calon kerana tidak sanggup amanah yang diberi oleh mereka kepada calon yang bertanding dikhianati. Tahukah kita begitu besar harapan seorang pengundi kepada calon yang dipilih. Mereka beratur, bersesak, berjalan didalam suasana panas terik bukan semata mata mahu bersuka ria, mereka mahukan hasrat mereka dipenuhi dan janji ditepati. Itulah harapan pengundi.

Dikala ini Parti Keadilan Rakyat cukup tercalar dengan pelbagai isu. Aku katakan ini bukan mahu menghina atau mengkritik PKR tapi sekadar andaian.
Seandainya PKR yang calonkan wakil mereka pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, kebarangkalian Pakatan Rakyat akan tewas atau menang tipis kerana pengundi memerhati rekod PKR dengan pelbagai isu memeranjatkan. Keyakinan pengundi pada PKR mungkin berkurangan kerana takut pisang berbuah dua kali.
Kita sedia maklum peratus pengundi di Hulu Selangor melayu mewakili 53 peratus, pengundi Cina 27 peratus dan India 19 peratus. Adalah lebih wajar seandainya Pakatan Rakyat meletakkan calon dari PAS seperti yang sedia pengundi tahu rekod bersih wakil PAS amat memberansangkan. Dewasa ini kita tidak pernah mendengar wakil rakyat PAS mengkhianati amanah yang diberikan. Malah pengundi memerhati daya usaha dan kerja keras Dr. Hassan Ali sebagai contoh memenuhi hasrat rakyat. (rujuk blog dr. Hassan Ali.). Begitu juga rekod wakil rakyat PAS di negeri lain.

Aku juga membuat andaian MUNGKIN Pakatan Rakyat bermain psikologi, nama calon dari PKR disebut-sebut tapi yang menjadi calon adalah wakil dari PAS. Umpan jerat untuk umno

wallahualam.



talikasutkayu-talikasutkayu




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive