Beliau yang juga merupakan Menteri Pelajaran berkata Kementerian Pelajaran telah memperuntukan sejumlah RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah dan membayangkan peruntukan tersebut akan ditambah bagi memastikan sukan di sekolah – sekolah dipertingkatkan.
Hasrat murni tersebut telah disahut oleh semua peringkat yang terlibat samada peringkat sekolah, daerah dan negeri dengan melaksanakan beberapa kejohanan sukan antaranya sukan bola sepak, bola tampar,olahraga, badminton dan banyak lagi.
Baru – baru ini saya telah diberi kesempatan untuk terlibat sama bagi mengendalikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah bagi peringkat daerah Seremban yang diadakan di Stadium Paroi,Negeri Sembilan. Saya rasa berbangga kerana menjadi salah seorang yang terlibat bagi menjayakan hasrat murni kerajaan.
Kejohanan yang bermula pada 6 April dan berakhir pada 9 April telah berjaya dilaksanakan dengan penuh gilang-gemilang dan turut mencatatkan beberapa rekod baru kejohanan.
Namun disebalik kejayaan tersebut saya dapati ada satu aspek yang kurang diberi perhatian. Dan aspek tersebut amat mengusarkan hati saya dan juga membimbangkan masyarakat iaitu aspek sahsiah.
Didapati semasa atlet – atlet olahraga mengambil bahagian,ada segelintir pelajar – pelajar mengambil kesempatan tanpa segan silu memadu asmara dan bercumbuan di tempat duduk stadium. Pernah satu ketika kawan saya menegur kelakuan mereka yang menjelekkan itu. Jawapan yang diberikan amat mendukacitakan iaitu cikgu kami tak kisahpun.
Bagaimanakah perasaan ibu bapa jika mengetahui kelakuan anak – anak mereka sedemikian?sedangkan mereka beranggapan anak – anak mereka terlibat dengan sukan.
Adakah kita mahu bertindak bilamana pelajar – pelajar ini termasuk salah seorang penyumbang kelahiran anak luar nikah seperti yang didedahkan oleh kerajaan iaitu seramai 17,303 anak luar nikah didaftarkan sepanjang tahun 2009 ?
Ketika itu tiada guna mereka dipersalahkan jika mereka mengambil jalan singkat dengan membuang bayi dek kerana sikap kita yang tidak mencegah daripada mula bibit – bibit bagaimana anak luar nikah itu dilahirkan.
Justeru saya ingin mencadangkan beberapa perkara dalam memastikan sukan terus cemerlang dalam masa yang sama sahsiah turut gemilang. Antaranya diasingkan tempat duduk antara pelajar lelaki dan perempuan,bagi pelajar muslim tatacara pemakaian mereka perlu diperketatkan, dan para guru perlu memastikan pelajar – pelajar mematuhi peraturan dan tatasusila sebagai seorang pelajar. Mudah – mudahan cadangan ini diberi perhatian bagi memastikan kejohanan sukan yang akan dianjurkan bersih dari aksi lucah pelajar – pelajar.
Guru Perihatin
Seremban
temanpetunjuk.blogspot.com
inilah wajah-wajah anak generasi yang terdidik oleh umno selama 53 tahun memerintah.inilah bakal pemimpin anak cucu kita dimasa depan.jasa yang umno tinggalkan kepada anak2 kita ialah kehancuran institusi keluarga dan sahsiah serta agama.
BalasPadam