Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 11, 2010

Timbalan Menteri Ini Cerdik Macam Pandir

OLEH WFAUZDIN


APABILA membaca kenyataan seorang Timbalan Menteri yang pernah menoreh getah sewaktu PRK Manek Urai dulu di sini, aku merasa hairan bagaimana beliau boleh dilantik menjadi Timbalan Menteri. Kalau kita cop dia ni bangang, sahih puak-puak Umno ni akan melenting marah pasal mungkin dalam Umno bukan dia seorang saja yang bangang. Aku malas lah nak kata dia ni bangang kerana nak jaga hati puak-puak Umno. Biarlah aku kata Timbalan Menteri tersebut memang cerdik seperti cerdiknya Pak Pandir.



Timbalan Menteri tu kata, semenjak PR memerintah beberapa buah negeri tiada apa perubahan langsung. Kesemua pembangunan yang ada di semua negeri PR memerintah sekarang adalah warisan dari kerajaan Bn. Begitulah tahap pemikiran seorang Timbalan Menteri yang paling cerdik dijumpai oleh Umno.

Masakan beliau tidak tahu yang diwarisi oleh Kerajaan PR sekarang dari Umno/Bn hanyalah hutang piutang? Tidak percaya lihat saja lah laporan Audit Negara yang baru-baru ini dikeluarkan.

Hutang terpaksa dibayar, maka Kerajaan PR terpaksalah cuci `najis' yang Umno/Bn tinggalkan di merata-rata tempat sewaktu mereka memerintah.

Sepatutnya sebagai Timbalan Menteri, beliau mestilah membawa fakta dan hujah yang bernas untuk meyakinkan rakyat.

Bukan dengan cara bercakap seperti budak-budak tidak bersekolah. Kununnya tiada sekolah didirikan semasa pemerintahan PR.

Kalaulah Muhyiddin dengar kenyataannya, tentu Muhyiddin bertambah lembam mukanya kerana memalukan kementerian di bawahnya.

Inikah pemimpin yang ingin diangkat oleh orang-orang Melayu untuk membela nasib mereka?

Bercakap pun guna kepala lutut, bagaimana hendak memikirkan nasib orang-orang Melayu? Memang patut pun orang seperti ini duduk dalam Umno kerana orang yang cerdik tidak akan terliur berada di dalam Umno./wfauzdin.blogspot.com






2 ulasan:

  1. Hahaha...aku pn pelik+ajaib bila baca paper tentang apa yang dikatakan oleh pak mentari nie,siang puak-puak umno nie ada menteri yang camnie...

    BalasPadam
  2. JIKA ANDA INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL HBG AKI WAHYU DI NMR (_0_8_5 2 2 2 2 6 2 4 8 8_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB SEPERTI KAMI SUDAH 7 X TERBUKTI TRIM’S ROO,MX SOBAT

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive