Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 11, 2010

Tabiat hidu seluar dalam bawa padah



KULIM - Seorang lelaki berusia 36 tahun dan sudah berkeluarga ditangkap kerana menceroboh rumah yang didiami beberapa pelajar perempuan di sini, untuk mencuri pakaian dalam mereka.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pengadu mendakwa ternampak seorang lelaki mencurigakan masuk ke dalam kawasan rumah jirannya yang ketika itu sedang membasuh pinggan di dapur.

Pengadu melihat gelagat suspek selama kira-kira 15 minit sebelum menghubungi jirannya.

“Pengadu ternampak seorang lelaki memasuki kawasan rumah jirannya dan kemudian menyorok di belakang tong sampah. Pengadu memerhatikan gelagat suspek selama kira-kira 15 minit sebelum meminta bantuan daripada kawan dan jiran lain untuk menangkap suspek.

“Menyedari perbuatannya mencuri beberapa helai pakaian dalam wanita sedang diperhatikan, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya dihalang. Berlaku sedikit pergelutan sebelum suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis,” katanya.

Menerusi siasatan dibuat terhadap suspek, polis mendapati suspek sudah berumah tangga dan mencuri pakaian dalam wanita semata-mata untuk menciumnya.

Polis turut menemui beberapa helai seluar dalam dan coli dalam poket seluar suspek.

Suspek ditahan di Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut dan menerusi ujian saringan air kencing, suspek didapati negatif dadah.

“Suspek mengaku sudah berumah tangga dan tujuannya mencuri pakaian dalam pelajar wanita itu semata-mata untuk menciumnya. Ini mungkin tabiatnya. Selain itu, suspek turut mencuri pakaian dalam wanita warga asing. Dia ditahan dilokap dan akan disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” katanya.

sinarharian





2 ulasan:

  1. Bau tu lebih hebat dari perfume.

    BalasPadam
  2. tu mungkin salah satu cara nak berhenti merokok. !!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive