Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 04, 2010

Janji-janji BN di Bagan Pinang. Bro Peedee Utama, BN dah buek ko bolum?

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Sahabat den matt ado bagi soalan pasal Bagan Pinang. Ini soalan matt :

Gua nanti ngundi kat Hulu Selangor. Gua rasa hang boleh bantu sikit2 dgn update apa yang BN dah buat dgn janji2 diorang sejak menang kat Bagan Pinang dulu. Diaorang dah buat ke belum?
Ini cadangan je..., harap2 hang bolehla bantu..

Den tak tinggal kek Bagan Pinang. Jadi den tak boleh nak bagi jawapan. Yang tinggal kek Bagan Pinang ni blogger Bro Peedee Utama. Bro Peedee Utama, BN dah laksanakan janji ko bolum? Apa pun ini senarai janji BN pado pengundi DUN N31, Bagan Pinang. Senarai ini telah dibikin oleh blogger Ummuasiah. Ini dio janji-janji manis BN kepada para pengundi Bagan Pinang :

Saya kutip fakta ini dari laporan Malaysiakini versi Bahasa Inggeris. (saya suka tajuknya...LO AND BEHOLD THE 'GOODIES')

1. 27 Sept: Menteri Pelancongan berjanji akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menarik sejumlah 6 juta pelancong yang transit di KLIA untuk melawat ke Negeri Sembilan.


2. 28 Sept: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan membina sebuah sekolah Menengah yang bernialai RM20 juta dalam tempoh masa 2 tahun. RM 3.8 juta pula telah diluluskan untuk kos memperbaiki 21 buah sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil.

3. 29 Sept: Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyerahkan 3 buah rumah teres di Taman Desa Pinang untuk dijadikan Pusat Permata Negara Bagan Pinang yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM400,000 akan dibelanjakan untuk proses menaiktaraf rumah-rumah tersebut.

4. 4 Okt: Biro Penerangan UMNO akan menjadikan Persatuan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang sebagai 'anak angkat' mereka dan Isa berjanji akan memberi tumpuan utama kepada Bandar Tentera Darat jika menang di PRK.

5. 5 Okt: Kementerian Sumber Manusia mengumumkan akan mengadakan program kursus dan peluang pekerjaan kepada golongan muda di Bagan Pinang.

6. 6 Okt: Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa Sirim Bhd akan membantu memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada penduduk Kampong Baru Si Rusa untuk menjalankan perusahan ceramic menggunakan 'hydrostone'.

7. 7 Okt. MB Mohamad Hassan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan 150 unit rumah awam di Ladang Siliau.

8. 8 Okt: Zahid Hamidi mengumumkan perkara seperti di bawah:

a. Peruntukan RM3000 setahun untuk sebuah keluarga bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan RM2,000 setahun kepada keluarga yang anak mereka melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan seterusnya.

b. 'Veterans Act' jika diluluskan akan dimasukkan faedah kesihatan.

c. Rumah Kelab untuk bekas-bekas perajurit di sebelah Kelab Golf PD dan MRSM untuk anak-anak bekas Perajurit. ( MB Mohamad Hassan telahpun bersetuju untuk menyediakan tanah)

d. Perpustakaan dan Kemudahan Wi-Fi untuk kemudahan anak-anak tentera.

e. RM100,000 untuk menaiktaraf surau di kawasan kem tentera. (cek sumbangan telah pun diserahkan).

Muhyiddin Yassin mengumumkan SRJK Tamil Sungai Salak yang beroperasi dari rumah kedai 2 tingkat akan menerima 1 hektar tanah untuk pembinaan Sekolah yang dijangka siap dalam masa setahun-12 bulan.

TPM juga mengarahkan semua PBT di negeri tersebut untuk memudahkan pemberian lesen perniagaan untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk berniaga.

TPM juga mengumumkan peruntukan RM480,000 kepada 3 buah sekolah ' Chinese Vernacular School' dan pemberian angpow sebanyak RM100 kepada 233 orang warga tua.

Rais Yatim menyerahkan sumbangan Mikro-komputer kepada 6 buah sekolah di Bagan Pinang.


Menteri Sumber Manusia S Subramaniam berjanji akan memberikan jalan bertar, dewan komuniti, sebuah dewan untuk kuil dan sistem perparitan untuk kawasan perkuburan Cina dan India akan diperbaiki.

Gelanggang Badminton dan mesin fotokopi akan disediakan kepada Sekolah Tamil, Tabung Kemudahan Pembiayaan Perumahan untuk pekerja Estet juga akan ditubuhkan.

(letih menaip...banyakya gula-gula....seronoknya....cuba anda di luar sana kira dan jumlahkan keseluruhan peruntukan yang berlaku hanya dalam tempoh 28 September hingga 10 Oktober 2009.)

Bergembiralah wahai penduduk Bagan Pinang...semoga impian yang dijanjikan menjadi kenyataan. [link]


baganutama





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive