Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 07, 2010

Ketua Angkatan Muda PKR Disebut Calon Hulu Selangor

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengesahkan bahawa nama beliau adalah antara lima orang yang disenarai pendek oleh kepimpinan parti bagi bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

"Bagaimanapun keputusan mengenai calon yang terpilih terserah kepada pucuk pimpinan parti," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat di sini.

Semalam Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, kepimpinan parti telah menyenarai pendek lima nama sebelum memutuskan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu pada 25 April ini.

Pada majlis itu, Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menyatakan sokongan terhadap Shamsul Iskandar atau mana-mana calon yang dipilih oleh kepimpinan PKR nanti.

Mereka juga mengulangi komitmen parti masing-masing untuk mengekalkan status quo dengan memberi laluan kepada PKR untuk bertanding kerusi parlimen itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat Hulu Selangor daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac kerana barah otak.

Penamaan calon bagi pilihan raya itu ialah pada 17 April. - BERNAMA




2 ulasan:

  1. tadi 3 Ketua Pemuda PR mai tempat teman!! polis kaco wehh!! tapi Alhamdulillah berjaya jugak dilaksanakan..

    meh usha cite penuh..

    http://budakbalun.blogspot.com/2010/04/prk-hulu-selangor-21-ceramah-atas-lori.html

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/4/10 12:00 PG

    aku sokong jika ketua AMK jadi calon utk kerusi Hulu Selangor tu, bagaimanapun aku tak kisah juga sesiapa yg akan jd calon dari nama2 yg telah disenarai pendekkan tu. yg penting mesti ada kerjasama dan bersatu hati dan beroleh kemenangan nanti itu yg penting, jika yg lain2 tu tak terpilih bersabar lah dulu nama anda pasti ada dlm senarai calon2 Pilihanraya ke 13 nanti, InsyaAllah, yg penting kerusi Hulu Selangor akan jadi milik PR.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive