Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 07, 2010

Calon Pakatan Rakyat diumum 13 April


KUALA LUMPUR, 6 April: Calon Pakatan Rakyat dari PKR untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor akan diumumkan 13 April ini di Pusat Komuniti Serendah, Pekan Serendah iaitu dua hari lebih awal dari pengumuman calon BN.

Pengumuman akan dibuat oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dijangka hadir sama di majlis itu nanti adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhydin Yasin memaklumkan, calon BN akan diumumkan pada 15 April ini.

Menurut Muhyidin, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak telah memberikan nama kepada beliau untuk diumumkan.

“Beliau (Perdana Menteri) sudah memaklumkan kepada saya dan saya akan umumkan pada 15 April ini," kata Muhyidin sebelum ini.

Sehingga kini, kedua-dua pihak dipercayai sudah memutuskan calon masing-masing. Mereka akan diumumkan pada tarikh yang disebutkan tadi.


Di pihak Pakatan Rakyat, beberapa nama disebut-sebut bakal menjadi calonnya. Sebelum ini Harakahdaily menyiarkan pandangan kolumnisnya yang meramalkan Datuk Zaid Ibrahim (gambar) bakal menjadi calon PKR.

Selain Zaid, turut disebut adalah nama Dr Halili Rahmat bekas calon PKR di situ dan Syamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda PKR.

Di pihak BN pula, usaha Umno Bahagian Hulu Selangor untuk membolehkan kerusi itu diserahkan kepada Umno kembali nampaknya tidak dipedulikan pimpinan Umno.

Namun begitu, usaha untuk menolak Timbalan Presiden MIC, G Palanivel sebagai calon menampakkan hasil kerana nama lain dari MIC telah disebut-sebuty bakal mengambil alih tempat beliau.

“Insya-Allah... 15 haribulan (April) nanti kita akan jelaskan, (beliau) juga orang tempatan... Insya-Allah,” kata Muhyidin memberikan ulasan ketika ditanya mengenai calon BN.

harakahdaily





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive