Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 16, 2010

Khalid cadang saman Harussani


KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menarik balik atau menafikan kenyataanya yang disiarkan dalam sebuah akhbar edisi Mac dalam tempoh tujuh hari.

Menurutnya, laporan akhbar itu meletakkan gambar Harussani di sudut atas sebelah kanan dengan tajuk ‘Khalid Tidak Beriman’.

“Sekiranya benar, beliau harus tarik balik dan memohon maaf terhadap saya dan sekiranya gagal berbuat demikian, saya akan mengambil tindakan undang- undang terhadap beliau,” katanya.

Beliau berkata, seseorang yang berstatus mufti tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Seringkali mufti digunakan dalam helah politik dan beliau antaranya begitu ghairah menjadi ‘wakil’ UMNO,” katanya kepada pemberita di Parlimen semalam.

Khalid berkata, beliau memperolehi akhbar tersebut di lobi Parlimen yang diletakkan di ruang rehat Ahli Parlimen.

Difahamkan mufti Perak itu berkata sedemikian untuk mengulas isu panas berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam yang melanda negara baru- baru ini.

sinarharian







KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive