Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 16, 2010

Umno Bakal Gigit Jari



Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang mahu digunakan Umno sebagai ‘modal’ untuk politik besar mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor hanya akan membuatkan Umno gigit jari.

“Cubaan untuk menjatuhkan imej dan wibawa Menteri Besar (MB) selangor sekali lagi akan menemui kegagalan.

“Apa yang lebih buruk lagi pimpinan Umno akan diaibkan sekali lagi dalam PRK kali ini,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dalam blognya.

Menurut Dzulkefly, MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cukup bijak dalam menangani pembangkang di Selangor dan dalam dua tahun pentadbirannya, ramai pimpinan pembangkang telah di’dedahkan’ akibat gelagat buruk mereka sendiri.

Terdahulu, Tan Sri Khalid yang diserang teruk dengan dakwaan kononnya menghalang penubuhan kampus UiTM di atas tanah seluas 448 ekar di Serendah oleh YBK, telah mengarahkan YBK diaudit.

Namun dakwaan tersebut ditangkis apabila laporan awal terhadap YBK telah diedarkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Jabatan Audit Selangor.

Selain itu, sebuah Jawatan Kuasa Khas juga akan ditubuhkan dan bakal dianggotai oleh pihak Majlis Peguam dan sebuah badan integriti tempatan iaitu Transparency International bagi meneliti laporan dan melengkapkan serta membuat tindakan selanjutnya.

“Kertas Putih Kerajaan Negeri Selangor bakal mendedahkan segala-segalanya tentang perilaku buruk pimpinan Umno dalam pengurusan kewangan negeri dalam dekad-dekad pemerintahan Umno dan BN,” tegas beliau lagi.

Dzulkefly akhirnya menasihatkan BN dan Umno agar bersiap sedia dalam menghadapi serangan demi serangan yang datang melalui laporan kertas putih itu.

erapakatan







1 ulasan:

  1. Ada satu lagi projek pembinaan yg sedang diusahakn oleh YBK sejak beberapa aahun yg lalu. Ianya dinamakan sementara sebagi pusat didikan kanak2 istimewa (PDKi). Satu majlis makan malam telah diadakan beberapa tahun yang lepas di Menara Kuala Lumpur dgn PM Abdullah Ahmad Badawi menjadi tetmu khasnya ketika itu. Persembahan acara itu ialah dari anak-anak yatim dari asrama kasih dan juga kanak-kanak OKU dari 7 buah PDK (pusat pemulihan dalam komuniti). Sejumlah wang yang besar telah dapat di kumpulkan pd malam itu . Soalnya tidak siapa tahu jumlah sebenar dan hingga sekarang pusat itu masih lagi tidak didirikan..dan YBK sedang bersaha mengadakan satu lagi majlis makan malam untuk tujuan yang sama mengumpul dana untuk pembinaan pusat tersebut. Kanak-kanak OKU dari 7 pdk hulu selangor sedang giat berlatih untuk persembahan pada makan malam tsb. beerapa siri mesyuarat juga telah diadakan diantara YBK dan pihak kakitngan PDK dan satu mesyuarat pernah melibatkan JKM Ng Selangor.

    Dengan perkembangan terbaru lapuran kertas putih dari MB NBg Selangor, harap perkara ini dapat di siasat kerana ia melibatkan penggunaan kanak-kanak OKU utk mengutip dana bagi projek yg bukan untuk pdk mereka. Boleh buat pertanyaan dengan mana-mana pdk di hulu selangor tentang persiapan utk majlis makan malam ybk yg di jangka akan diadakan pd bulan julai 2010.

    Pada 19/04/2010 satu majlis penyerahan geran untuk semua pdk di hulu selangor akan di adakan di pdk sg tengi - peruntukan itu memang kerajaan pusat yg memang akan di beri setiap tahun kepada pdk melalui JKM negeri untuk membiayaii elaun petugas dan juga OKU dan aktiviti pdk. Beberapa siri mesyuarat tlah diadakan termasuk mesyuarat belanjawan majlis tersebut yg melibatkan JKM ng Selangor, PKMD Hulu selangor dan penyelia semua pdk hulu selangor. Majlis itu sepatutnya diadakan pd 15/04/2010 tetapi telah ditunda kepd tarikh d 19/04.

    oalannya ialah kenapa hendak buat majlis penyerahan mock check kpd semua pdk hulu selangor sedangkan peruntukan tersebut telah pun di masukkan dan telah ada dalam akaun setiap pdk sejak bulan Mac lagi? dan terdapat kekeliruan dalam jumlah yg di salurkan kpd setiap pdk yg masih belum selesai.majlis itu telah dirancang dgn perbelanjaan yg besar kerana akan ada minum ptg , membawa OKU dari semua PDK dan juga persiapan majlis banner dan sebagainya.

    harap ada pihak yg akan ambil perhatian.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive