Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 11, 2010

Laporan Polis Ketiga Terhadap Apco Worldwide


KUALA NERANG 10 Apr - Perdana Menteri, Najib Razak terus tertekan berhubung isu Apco apabila Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria membuat laporan polis ketiga berhubung pembabitan Apco Worldwide dengan kerajaan Malaysia hari ini.
Laporan polis itu susulan daripada laporan sama yang dibuat oleh selepas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali.
Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS membuat laporan tersebut semalam di Balai Polis Jalan Dang Wangi manakala Shamsul Iskandar pula tampil mengadu pada Selasa di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.
Menurut berita yang dipetik daripada portal Malaysiakini Nasir membuat laporan tersebut di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah kira-kira jam 1.00 petang tadi.
Dalam aduannya, Nasir sebagai berkata Apco Worldwide mempunyai kaitan dengan kerajaan haram Zionis Israel berdasarkan rekod perjanjiannya dengan negara tersebut sebelum ini.
"Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.
"Sudah tentu berurusan dengan syarikat tersebut, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar negara Israel akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses pihak luar," memetik kandungan laporan polis yang dibuat Nasir.
Dalam laporannya juga, Nasir yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menggunakan teks aduan yang sama digunakan oleh Dr Lo' Lo'.
Beliau ditemani beberapa pemimpin parti itu di peringkat PAS kawasan dan KEADILAN Cabang Padang Terap.
Nasir juga memberitahu, pihaknya telah mengedarkan risalah menjelaskan isu Apco di pekan sehari Kuala Nerang sebelum ini.

suara-keadilan







KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive