
Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.
Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.
Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.
Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.
"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.
malaysiakini
Inilah suasana negara kita.....jangan harap kita dapat menegakkan keadilan sejagat selagi lembu-lembu ini memerintah.....
BalasPadamhoo! dasyat nya jika brita ni benar dan sahih, hanya keadilan Ilahi saja yg Adil dan Saksama tapi berapa lama mereka nak hidup di bumi Allah ni tak takut ke nak berdepan dgn Allah nanti, jika bersalah dgn Allah tak melibatkan org lain senang kita memohon Taubat pa Allah asalkan jgn dosa syirik dah lah! mereka lebih takut dgn manusia yg diberikan sedikit kuasa oleh Allah, drp kuasa yg di miliki oleh Allah SWT.
BalasPadam