Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 10, 2010

Lelaki gila seks cabul warga emas


BENTONG – Tindakan lelaki yang dipercayai gila seks melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap warga emas dan remaja yang melalui dua jalan sunyi di kawasan ini mula menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk dan pengguna laluan terbabit.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Daerah Bentong, Foo Mun Hoong berkata, dua laluan yang kerap kali menjadi tempat lelaki terbabit menjalankan aktiviti tidak bermoral itu ialah Jalan Chamang ke Bandar Bentong (di belakang Hospital Bentong) dan Jalan Alternatif Chamang ke Kampung Kemansur.

Menurutnya, lelaki itu menaiki motosikal dengan menutup muka dengan topi keledar dan menjalankan kegiatan mencabul kehormatan pengguna yang lalu-lalang.

“Pada 7 April lalu, kami ada menerima aduan dari mangsa dan ada di antara mangsa yang mengalami kecederaan ringan akibat terjatuh dari basikal serta mempertahankan diri mereka.

“Namun begitu, mangsa tidak berani tampil untuk membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan mereka,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dekat sini berhubung perkara itu.

Mun Hoong berkata, pihaknya mahu polis mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian yang berlaku dengan membuat lebih banyak rondaan di jalan dinyatakan supaya keselamatan pengguna terjamin.

Menurutnya, kegiatan tidak bermoral individu tidak bertanggungjawab itu perlu ditangani secepat mungkin supaya pengguna terutama wanita tidak lagi bimbang untuk melalui jalan itu pada masa akan datang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Noor berkata, semasa laporan polis Pemuda MCA dibuat, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan dari mangsa kejadian yang berlaku.

Menurutnya, mangsa diminta tampil untuk membuat laporan polis dan membantu siasatan supaya dapat mengesan individu yang tidak bertanggungjawab itu untuk tindakan sewajarnya.

“Mangsa tidak perlu berasa takut atau malu untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis kerana sikap berdiam diri hanya akan menimbulkan pelbagai masalah lain.

“Namun begitu, kami akan tetap menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dilakukan dan berusaha mengambil keterangan dari mereka yang pernah menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral itu,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, penduduk setempat dan pengguna jalan terbabit diminta tidak panik atau risau kerana pihaknya akan cuba memastikan keselamatan terjamin menerusi beberapa pendekatan yang bakal diambil termasuk menjalankan rondaan lebih kerap.

sinarharian





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive