Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 10, 2010

Mangkuk punya idea



Dah hangpa tak boleh bertanding nak cabaq orang lain pulak tukaq calon. Kah! kah! kah!

Inilah idea mangkuk pemimpin umngong...dulu kini dan selamanya bengong!




PKR dicabar letak calon bukan Melayu

KUALA LUMPUR 9 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar meletakkan calon bukan Melayu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bagi memberi keadilan kepada semua kaum di kawasan tersebut.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini memandangkan dua daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam dan Batang Kali kini disandang pemimpin Melayu.

Katanya, oleh itu adalah wajar jika kerusi Parlimen diwakili oleh pemimpin bukan Melayu di samping DUN Kuala Kubu Bharu memandangkan jumlah pengundi Melayu dan bukan Melayu adalah seimbang.

''Justeru jika mereka tidak meletakkan calon bukan Melayu, bererti mereka tidak adil kepada kaum lain dari segi pembahagian kerusi,'' katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian selepas menghadiri program ramah mesra bersama penduduk di kilang sawit Felda Sungai Tengi di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum lalu, PKR meletakkan calon Melayu di kerusi yang ditandingi parti itu iaitu Parlimen Hulu Selangor dan DUN Batang Kali manakala DUN Kuala Kubu Bharu pula ditandingi DAP manakala Pas bertanding di DUN Hulu Bernam.

Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

Ahmad berkata, konsep pembahagian kuasa yang diamalkan BN melambangkan pemerintahan yang adil berteraskan gagasan 1Malaysia.

Mengenai peluang pada pilihan raya kecil tersebut, Ahmad yakin kemenangan akan berpihak kepada calon BN memandangkan rakyat semakin selesa dengan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Selain itu katanya, banyak permohonan penduduk di Parlimen Hulu Selangor diluluskan oleh Kerajaan Pusat seperti pembinaan jalan raya, bantuan membaiki rumah dan juga keperluan lain.

Justeru beliau mengharapkan BN bukan sahaja menang di kerusi tersebut malah menang dengan majoriti yang agak selesa terutama peti undi di tanah rancangan Felda yang mempunyai 6,904 pengundi.

''Di empat tanah rancangan Felda di Parlimen Hulu Selangor iaitu Felda Sungai Tengi, Felda Sungai Tengi Selatan, Felda Soeharto dan Felda Gedangsa, kita jangkakan majoriti bakal bertambah berbanding pilihan raya umum lalu.

''Jika pada 2008, calon BN menang dengan majoriti 1,100 undi di empat Felda itu, kali ini saya harap majoriti tersebut akan lebih baik,'' ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan calon berketurunan India bertanding di Parlimen Hulu Selangor.

Beliau berkata, Abdul Khalid perlu berbuat demikian bagi membuktikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai keberanian meletakkan calon daripada kaum minoriti seperti dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

''Khalid tidak sedar bahawa langkah BN ini menepati konsep 1Malaysia. Oleh itu, saya cabar dia untuk letakkan calon kaum India jika pembangkang merasakan mereka benar-benar lebih hebat daripada BN.

''Puak PKR ini hanya pandai bercakap sahaja. Mereka sebenarnya tidak boleh buat seperti mana BN. Saya percaya dalam pilihan raya ini mereka tidak berani untuk meletakkan calon daripada kaum minoriti,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Khairy mengulas hasrat Abdul Khalid untuk menyerang gagasan 1Malaysia sepanjang kempen pilihan raya kecil itu kerana didakwanya banyak kelemahan dan ditolak oleh rakyat.

Bagi Khairy, Abdul Khalid harus berpijak di bumi nyata bahawa konsep 1Malaysia semakin diterima oleh rakyat negara ini termasuk generasi muda.

''Bagaimana dia boleh kata rakyat menolak 1Malaysia sedangkan dalam satu tinjauan yang dibuat, Perdana Menteri telah mendapat sokongan yang tinggi sehingga 68 peratus berbanding pada awal pelantikannya hanya 44 peratus," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Khairy hairan melihat telatah kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang memberi pelbagai habuan kepada penduduk di kawasan Hulu Selangor.

''Saya mendapat maklumat Abdul Khalid dan barisan pemimpin lain berkampung di kawasan Hulu Selangor dan memberi pelbagai habuan dan bantuan sama ada dalam bentuk tunai atau kelulusan geran tanah.

''Bila ditanya mengenai kelulusan yang diberi ini mereka kata kebetulan hendak diberi sekarang. Inilah tuduhan yang telah dibuat kepada BN sebelum ini. Rupa-rupanya mereka yang melakukan perbuatan itu sebenarnya,'' katanya lagi.

utusanmeloya





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive