Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 13, 2010

Parlimen diperguna melobi Amerika - Dr. Hatta



KUALA LUMPUR, 12 April: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, Parlimen minggu lalu dijadikan medan melobi Amerika Syarikat apabila tergesa-gesa meluluskan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 dengan merujuk kepada kenyataan Pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum ini mendakwa Malaysia telah menyediakan asas hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat apabila meluluskan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik minggu lalu.

Rais didakwa berkata demikian sebagai mengulas mesyuarat dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dijadual hari ini.

"Rupa-rupanya minggu lepas, rang undang-undang diluluskan dengan begitu segera semata-mata untuk memberi lonjakan dan keyakinan kepada Amerika, bahawa kita ini bersama dengan mereka.

"Saya nampak parlimen ini telah dipergunakan untuk menjadi pelobi pertemuan perdana menteri dengan presiden Amerika. Jika benar kita rasa kecewa," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau juga meminta kerajaan menyatakan status pencapaian Stevens Technical Institute, di mana Najib akan menandatangani perjanjian persefahaman MoU, mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan institut terbabit dalam rangka lawatannya ke Amerika.

harakahdaily






KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive