Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 13, 2010

Sapa yang mmmohong?

KUALA LUMPUR : "Dia seorang pembohong! Dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang".

Begitulah antara kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Aziz yang dipetik media ketika mengulas kenyataan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.

Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim melalui blognya, idhamlim.blogspot.com, mempersoalkan siapakah antara Nazri dan Pornthip yang sebenarnya berbohong.

Menurutnya, jika Pornthip berbohong, wajarkah baginya sanggup menanggung risiko dan bersungguh-sungguh untuk datang ke Malaysia?

"Sebaliknya kalau kita ingin mengatakan Nazri yang benar, saya rasakan semua pihak sudah tahu siapakah si Nazri dan kenapa cepat sangat dia melatah dalam perkara ini?" pertikai Khalil lagi.

Terdahulu, Nazri diminta mengulas dakwaan Pornthip bahawa beliau diberi 'isyarat' dan berdepan dengan 'tekanan politik' supaya menghentikan pembabitannya dalam siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Dr Pornthip juga mendakwa beliau dihalang daripada masuk ke Kelantan sewaktu urusan rasmi melalui sempadan Thai-Malaysia pada bulan Januari tahun ini, dan menyifatkannya sebagai salah satu 'isyarat' tekanan yang dikenakan ke atasnya.

Inkues kematian Teoh akan disambung pada 20 April ini

erapakatan






1 ulasan:

  1. HAKIKATNYA BLOG IDHAM LIM TU MEMANG SELALU BERBOHONG,DALAM PENGHAYATAN AGAMA PUN DIA MENIPU KAWAN KAWAN PR,KESIAN MELAYU PAS PKR.DAP MEMANG LAH SATU SATU PARTI IDOLA MAMAT NI TAPI .... CUBA MELAYU PAS PKR SIASAT BETUL BETUL MAMAT NI, JANGAN TERLALU BODOH SOMBONG PAS OI.KALAU ZUL KULIM PUN TAK SETUJU NGAN PAS ,TAIB AZAMUDIN PUN BANYAK TAK SETUJU NGAN PAS WALAUPUN MP PAS,KAMU ORANG ORANG PAS PERLU BERFIKIR UNTUK BAGAIMANA NAK JADI PEMFITNAH YANG PROFESSIONAL.KAH KAH

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive