Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 15, 2010

Pimpinan MIC tanding calon bebas


Bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V. S. Chandran akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Chandran, 56, yang sedang digantung selama setahun oleh parti, berkata beliau sudah membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Saya telah tinggal di sini selama 54 tahun lepas. Saya amat arif dengan kawasan ini, penduduknya dan masalah di sini," kata ahli perniagaan itu yang digantung oleh parti tahun lalu selepas beliau mendedahkan masalah yang dihadapi bahagian itu kepada media.

Chandran ialah timbalan pengerusi bahagian itu dari 2003 hingga 2009.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, pada 25 Mac akibat barah otak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim telah dipilih sebagai calon PKR manakala Barisan Nasional dijangka mengumumkan calonnya Khamis.

Hari penamaan calon Sabtu ini.- BERNAMA






1 ulasan:

  1. MIC selama ini pun Parti haprak, kalau keluar dari UMNO dan BN pun tidak mengapa, apa Orang India dapat dari BN....tahi LEMBU sahaja..

    Cuma Towkay MIC yang jadi kaya raya...Samy D Valued seorang sahaja, yang lain Tambey makan kuah perapu sahaja beb!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive