Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 04, 2010

PRK Hulu S’ngor : Polis guna Seksyen 27 Akta Polis 1960



KUALA LUMPUR : Imej polis yang sehingga kini kekal dilihat sering menyebelahi BN gagal diambil iktibar oleh institusi itu apabila awal-awal lagi memberi amaran akan mengambil tindakan jika kempen pilihanraya diadakan sebelum penamaan calon.

Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, difahamkan ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat yang sejak semalam aktif memasang poster (gambar) dan bendera parti dari PAS, PKR dan DAP di kawasan itu.

Pakatan Rakyat juga sebelum ini ada mengadakan ceramah umum Selamatkan Malaysia Jumaat lalu yang mana ia telah dirancang sebelum kematian Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad lagi, iaitu penyandang kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk aktiviti ceramah dan kempen di kawasan Parlimen Hulu Selangor selagi proses penamaan calon belum berlangsung.

Oleh itu, katanya, jika ada pihak yang mengingkari arahan tersebut, tindakan tegas mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1960 kerana kesalahan melakukan perhimpunan haram akan diambil.

''Arahan ini adalah untuk semua pihak terutama parti politik sama ada yang akan bertanding atau tidak bertanding. Jika mereka ingkar, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.

''Kita hanya akan mengeluarkan permit untuk ceramah dan kempen selepas proses penamaan calon selesai dengan syarat mereka membuat permohonan," katanya selepas menyampaikan hadiah pada Majlis Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.

Khalid menjelaskan, permohonan permit bagi ceramah perlulah dibuat lima hari sebelum program berkenaan diadakan.

''Namun sudah tentu kita akan menggunakan budi bicara (berhubung pengeluaran permit)," ujar beliau.

Mengenai persiapan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Khalid berkata, pihaknya memang telah bersiap sedia dan kini hanya menunggu pengumuman tarikh penamaan calon dan pembuangan undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau, menjangkakan lebih 1,000 anggota polis akan ditugaskan di kawasan Parlimen Hulu Selangor untuk menjaga keselamatan bagi memastikan PRK itu berjalan lancar.

''Tunggulah.. Bila tiba masanya anda akan lihat persiapan dan kehadiran kita di Hulu Selangor," katanya.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kini kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak di kediamannya di Kajang baru-baru ini.

SPR akan mengumumkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian hari ini.

Sejak kekosongan kerusi itu, pihak BN telah pun berkempen samada melalui media pro BN dan gerak saraf parti itu melalui pemimpin dan ah-ahlinya sehingga kini termasuklah dalam usaha melobi samada parti MIC atau Umno yang akan bertanding merebut kerusi itu.

Terdahulu, semasa sambutan ulang tahun Pakatan Rakyat di Kampung Baru, pihak polis bersama puluhan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membelasah rakyat yang berhimpun secara aman di situ yang menyaksikan pemimpin PR pada malam itu dikejar kedalam dewan selain beberapa petugas PR dibelasah sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

erapakatan




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive