
"Gol awal mampu menyuntik semangat pemain tetapi jika ketinggalan usah berputus asa manfaatkan peluang dengan jaringan dan minimum kesilapan," kata Victor Andrag
Ketua pasukan skuad Hijau Kuning itu yang baru pulih daripada kecederaan yang dialami selama tiga bulan lalu menjalani latihan bersama pasukan tetapi masih belum bersedia untuk beraksi.
Kedah akan turun tanpa beberapa pemain utama akibat kecederaan seperti Victor Andrag,Saramsak Kram dan Ahmad Fauzi Saari turut kehilangan Shafizan Hashim dan Azlan Ismail yang terpaksa menjalani hukuman penggantungan perlawanan.
Pada perlawanan malam nanti,Kedah bakal menurunkan barisan pemain yang rata-ratanya adalah pemain muda untuk menggalas cabaran berdepan Negeri Sembilan.
Menurut jurulatih Kedah, Ahmad Yusof sekiranya pemain-pemain berjaya mempamerkan semangat kerjasama sepasukan yang baik dan memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan, beliau yakin Kedah bakal bergelar juara tahun ini.
sports@biaqpila
http://pendrive1malaysia.blogspot.com/
BalasPadamPENDRIVE SATU MALAYSIA 4GB UNTUK DIMILIKI..LAWATI LAMAN INI
http://pendrive-1malaysia.blogspot.com
BalasPadam