
GAMBAR menunjukkan laman web yang dipercayai menyiarkan klip wanita Thailand yang telah diperdayakan oleh Poer.
PATTAYA - Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS), Anthony Andrew Poer ditangkap di sini selepas beberapa wanita Thailand membuat laporan bahawa mereka diperdaya supaya melakukan perlakuan seks di depan kamera, lapor akhbar Pattaya Daily News semalam.
Poer yang berusia 40 tahun itu ditangkap dalam satu serbuan pasukan polis tempatan di sebuah bilik penginapan di kondominium Spanish Condo di tengah Pattaya kelmarin.
Dia didakwa memperdayakan ramai mangsa supaya melakukan beberapa adegan seks dengan seorang warga asing manakala aksi mereka dirakamkan menerusi kamera video.
Klip itu kemudian dijual di Internet dengan bayaran AS$20 (RM64) untuk setiap tontonan.
Dalam serbuan itu, polis menemui beberapa anak patung seks, filem seks, pakaian wanita dan selaras pistol dengan 10 butir peluru serta beg-beg kecil mengandungi dadah marijuana dan kokain. - Agensi
kosmo