Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 07, 2010

“Saya tunggu polis” - Zulkifli



KUALA LUMPUR: - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin semalam berkata, pihak polis belum menghubunginya bagi mendapatkan keterangan mengenai kenyataan beliau ditawar ganjaran besar untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama penuh, Zulkifli berkata, beliau akan menemui pihak polis jika dipanggil berbuat demikian.

“Insya-Allah saya akan memberi kerjasama penuh tetapi mungkin selepas saya pulang dari luar negara nanti kerana saya akan ke luar negara dalam masa terdekat ini. Kalau dipanggil saya akan pergi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.

Pada 24 Mac lepas, Zulkifli yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan ditawar ganjaran yang mampu ‘meng- goyahkan iman’ untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Kenyataan itu dibuat beliau semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Sehari selepas itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dilapor berkata, siasatan lanjut akan dilakukan terhadap pendedahan Zulkifli dan akan memanggil Ahli Parlimen itu untuk diambil keterangan. - Bernama




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive