Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 02, 2010

Budak 5 tahun dicabul pemandu van sekolah

Anak muram rupanya dicabul


AMPANG: Hairan melihat anaknya sentiasa muram dan enggan ke sekolah membuatkan hati seorang ibu tertanya-tanya sebelum dia terkejut apabila mengetahui kanak-kanak perempuan itu menjadi mangsa cabul pemandu van sekolah.

‘Rahsia’ terbabit terbongkar kelmarin apabila ibu kanak-kanak berusia lima tahun itu bertanyakan anaknya mengapa dia sering muram dan berat hati setiap kali hari persekolahan tiba.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, kanak-kanak terbabit yang bersekolah di sebuah tabika di Ampang menjadi mangsa cabul apabila kemaluannya diraba pemandu van hujung Jun lalu.


“Bagaimanapun, mangsa takut menceritakan kejadian berkenaan dan memendam rasa sebelum ibunya bertanyakan kepadanya.


“Selepas hampir sebulan, kanak-kanak berkenaan menceritakan dia takut ke sekolah kerana pemandu van meraba kemaluannya,” katanya.


Menurut Abd Jalil, ibu kanak-kanak berkenaan terkejut apabila mendengar cerita itu sebelum dia membuat laporan polis, Sabtu lalu.


“Kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.


Menurutnya, susulan laporan ibu mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga pemandu van sekolah terbabit bagi membantu siasatan.


“Lelaki itu yang berusia 20-an ditahan kira-kira jam 2 petang semalam di rumahnya di kawasan Ampang dan kami akan mendapatkan perintah untuk menahan reman.


“Ketika ditahan lelaki terbabit tidak melawan dan memberikan kerjasama dan polis turut merampas van yang digunakannya,” katanya.

HM


1 ulasan:

  1. Masalah sosial bukan setakat budak sekolah. Sekarang pemandu bas dan van sekolah semakin menjadi-jadi. Perlu dibuat kajian yang terperinci mengenai undang-undang sediada yang melibatkan seks pelajar sekolah dan seks ke atas pelajar sekolah.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive