Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 17, 2010

Bulan tidak akan jatuh lagi ke riba BN



Nor Ahmad

Ekoran kenyataan akhbar TPM YAB.Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar tempatan daily mail Labuan keluaran Jumaat 23 Julai lalu yang berbunyi "jangan mengharapkan bulan jatuh keriba", satu pepatah yang begitu menghampakan rakyat Labuan dan Sabah bilamana cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Pulau Labuan dengan tanah besar Sabah sebagai tidak berbaloi dengan kos yang mencecah RM2 ke RM3 billion.

Saya dapat merasakan yang pepatah serupa itu tidak relevan lagi ketika ini,saya rasa Karam Singh Walia jauh lebih arif dengan pepatah yang lebih sesuai. Selama lebih setengah abad kami merdeka dan selama lebih dua setengah dekad kami dibawah naungan wilayah persekutuan,tidak dinafikan akan pembangunan yang hanya seberapa.

Labuan dijadikan sebagai pusat kewangan antarabangsa persisir pantai yang boleh dikatakan agak masyur juga,ditambah lagi sebagai zon pelabuhan bebas cukai. Tetapi malangnya hampir keseluruhan barang barang keperluan harian jauh lebih mahal berbanding ditanah besar Sabah iaitu di Kota Kinabalu.

Yang murah di Labuan hanyalah minuman arak,kereta dan segelintirnya. Sebab utama adalah kerana ketiadaan infrustruktur yang sempurna,kerana semua barangan keperluan datangnya dari tanah besar Sabah dengan cara pengangkutan laut yang mahal dan tidak konsisten.

Jambatan adalah satu satu nya jalan penyelesaiaan yang paling berkesan.Kami amat kecewa dengan kenyataan itu,kami merasakan yang segala pengorbanan kami selama ini hanya siasia sahaja walaupun kami di sini telah menyumbang kemenangan besar dalam PRU ke 12 lalu

Apa kah dalam PRU ke 13 nanti kami dapat mempertahankan BN sekali lagi?

Mungkin juga pepatah serupa akan kami kembalikan kepada YAB.Tan Sri

HD


1 ulasan:

  1. Tanpa Nama17/8/10 9:45 PG

    PAS mengamal dasar aparthied hehehehe...dungu

    http://arabnews.com/world/article101460.ece

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive